Masa mula mula baca novel ni... rasa bosan sungguh. Pasal ada slang Indonesia tu MY tak kisah sangat sebab sejak kerja kat tapak pembinaan sekitar tahun 2009, MY memang dah biasa dengan penggunaan Bahasa Indonesia. Lagipun memang selalu juga baca blog dari seberang.
Bila dah sampai separuh buku, ish.. best pula novel ni. Bukan cerita biasa-biasa. Entah entah takde bezanya dengan remaja kita di sini. Kita aje yang tahu.
Mengisahkan persahabatan yang terjalin antara Ricky, Paris, Yusof dan Oscar. Ricky merupakan watak utama dalam novel ni. Bermula dari persahabatan antara Ricky dan Paris. Kemudian teman sebilik Ricky, Yusuf. Akhirnya, Oscar, yang ditemui tergelatak di sudut bilik mereka berdua, berlumuran darah.
Ricky dan Yusuf menyelamatkan nyawa Oscar dengan membawa Oscar ke hospital tanpa mengetahui Oscar adalah adik beradik tiri Paris. Kecilnya dunia.
Ricky, Yusuf dan Oscar bekerja di kelab gay. Pada suatu malam, kelab tempat mereka bekerja diserbu puak ekstremist. Ketiga tiga mereka hampir mati ditetak. Setelah berjaya melarikan diri, tiba tiba Paris sakit dan mati akibat terlebih dos pil hormon. Sebenarnya, seorang dari kenalan mereka telah menukarkan isi pil hormon tersebut dengan dadah kerana takut diserbu polis.
Mereka akhirnya membawa haluan masing masing. Paris mewariskan perniagaan dan sejumlah wang simpanannya untuk diurus oleh Ricky.
Mama Yan baca buku ni dua bulan lepas rasanya... tu yang lintang pukang sikit sinopsisnya.
Sebab nak kena refresh semula bacaan tu.
Tajuk : Dosa
Penulis : Nuril Basri
Terjemahan : Nabila Najwa
Terbitan : Fixi
Tahun cetakan : 2012
Buku ni dapat masa swap kat group FB.
Buku2 fixi ni best juga kan 🤗
ReplyDeletedana pernah baca buku ni, patut la masa tengok tajuk macam kenal.. bila tengok nama watak tu baru ingat... tapi sebab beli lama dah dulu itu yg ingat2 lupa
ReplyDeletetula kalau intro slow.. slow sikit nak ke seterusnya hehe
ReplyDeletetrue... kalau yg kita dah lama baca then kita nak cerita balik, nak luah apa kita rasa tentang buku tu, vibe dia dah hilang hahaha so tulis pun jadi lintang pukang haha ... movie review yg i buat pun mcm tu..dah tgk lama dah tapi nak share pastu mmg ayat pun tak betul dah ahah
ReplyDeletenovel fixi ni macam drama2 netflix original...dark plot gitu ekk
ReplyDeleteslang indon kdg2 boleh paham..kalau bahasa yg pekat kdg2 boleh jd xphm ayat dia huhuu ^^
ReplyDeleteLain dari lain jalan ceritanya.
ReplyDeleteRasa macam pernah baca.. tak sure..
ReplyDelete