Tajuk : Kecubung Sari
Penulis : Shukriah Md Rodzi
Penerbit : Layar Pena Enterprise
Jumlah mukasurat : 324
Cetakan pertama : April 2017
Buku ni hasil swap dengan blogger Sha Mohamad beberapa bulan yang lalu rasanya. Baru kali ni ada kesempatan nak baca.
Novel ni mengisahkan tentang saka milik Dukun Timah yang diwariskan kepada cucnya.
Akhirnya, cucu sendiri yang merana.
Kisah buku ni bermula dari kisah persahabatan Nurin Cahya dan Ida yang tinggal di asrama sekolah yang sama. Mereka berdua mengikut perkhemahan kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kesemua pengawas dan ketua kelas dikehendaki mengikuti perkhemahan tersebut.
Ketika perkhemahan, Nurin Cahya dan Ida sering sahaja menimbulkan masalah seperti mengambil benih bunga kecubung, mandi di air terjun waktu senja, tidak membersihkan tuala wanita sebelum dibuang serta pergi ke tandas tanpa ditemani guru pengiring selepas jam 11 malam sehingga memutuskan 'pagar' yang dibuat oleh ustaz.
Nurin dirasuk oleh saka tersebut dan perkhemahan dibatalkan sebelum waktunya kerana kejadian histeria pada malam kebudayaan. Ketika dalam perjalanan turun dari gunung, Nurin Cahya tergelincir dan jatuh, lalu hilang dari trek perjalanan. Pencarian selama 3 hari akhirnya menemukan Nurin yang dalam kebingungan dan tidak mengenali sesiapa. Gangguan terhadap Nurin Cahya berterusan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital dan pusat rawatan Islam.
Bukan sahaja Nurin Cahya, Ustazah Nazeera yang terdesak untuk mendapatkan jodoh telah mandi bunga dan membaca mantera menyeru pendamping ketika di air terjun Gunung Jerai juga menerima gangguan Nenek Kebayan Wan Sari. Akibatnya, Ustazah Nazeera koma akibat kemalangan kerana menerima gangguan ketika memandu.
Rahsia gangguan saka terbongkar ketika Nurin Cahya menyelongkar loker sahabat baiknya untuk mencari jarum dan benang. Akibat cemburu dan sakit hati, sanggup menganiayai sahabat baik sendiri.
okaylah cerita ni... sesuai dijadikan bacaan anak anak remaja. Mak mak remaja bangka bolehlah setakat nak baca je. Tapi dah tak ulang lagi lah. Lagipun detail sangat penceritaan penulis terhadap rupa bentuk Nenek Kebayan tu... Terbayang bayang pulak MY yang super penakut ni tauu...hahaha...
Kesimpulannya, sebagai seorang sahabat, tak kisah walau serapat manapun... akrab macam mana sekalipun, jagalah tutur dan kata. Bimbang ada hati yang terguris dan seterusnya menjadi dendam.
Plot cerita dan penyampaiannya sangat bagus. Takde satu bahagian pun membosankan. Semua penting untuk berada dalam cerita. Semoga penulis dapat menghasilkan lebih banyak naskhah yang berkualiti nanti. Wassalam
dia punya cover pun dah seram tu...
ReplyDelete324 muka surat, tebalnya..seronok kalau dpt baca habis kan kak yan ^_^
ReplyDeleteBukan senang nak dapat rakan karib yang betul-betul menerima kita seperti adanya dan selalu bersama tanpa ada rasa sakit hati mahupun cemburu khianat..
ReplyDelete