Tajuk : Kecubung
Penulis : Rosa Nur
Penerbit : Karyaseni Sdn Bhd
Cetakan pertama: Disember 2019
Jumlah mukasurat : 600
Genre psiko thriller
Novel ni dibeli di Popular Bookstore Aeon Bukit Indah. Masa tu ajak suami cari buku Sunan..tapi kat Popular langsung takde buku Prima. Banyak buku buku baru je..
Novel Kecubung ni mengisahkan tentang seorang gadis yang telah dirogol oleh sekumpulan lelaki. Setelah 5 tahun berlalu, si gadis bangkit untuk membalas dendam. Abang dan adik kembarnya turut bersekongkol dengan gadis malang tersebut dalam usaha membalas dendam.
Kecubung ni sejenis tumbuhan beracun. Dahulu kala, orang gunakannya untuk buat ubat tidur. Tapi tak dapat dipastikan pula kuantiti dan cara yang digunakan. Belakang rumah famili MY kat Raub ada banyak pokok kecubung ni. Memang tak berani nak sentuh, sebab dah tahu beracun. Tapi tak faham kenapa masih di situ walaupun beracun.
Pada MY novel ni so so ajelah. Penceritaannya meleret leret...berjela jela sampai geram nak skip. Asyik cerita hal 4 sekawan tu keluar mengeteh saja. Pulak tu, ceritanya macam mudah betul semua perempuan dalam novel ni jatuh cinta dengan lelaki. Tak nampak sangat ke 'thrill'annya novel ni.
Banyak sangat kisah Nurlisa berbanding dengan dengan Amna Kecubung tu sendiri. Tak payah kot nak perkenal seluruh ahli keluarga Nurlisa. Buat banyak mukasurat je. Amna tenggelam dek watak Nurlisa dan kembarnya Darlina.
Datuk Rashidi tu VVIP dan kaya kot. Dah kenapa dia nak kotorkan tangan, reputasi dan masa depan dia untuk balas dendam. Baik dia upah je pembunuh upahan untuk culik atau bunuh perogol adik dia. Lagi nak buang masa nak goda dan bunuh tunang Farhan. Nak goda adik Eddy. Aishhh.... cannot brain maa
Nasib baik novel ni suami MY yang belanja. Kalau beli sendiri memang dah kena let go...hahaha...
Maaf penulis... ini pendapat MY sendiri. Teruskan berkarya ok. Mana mana kritikan tu, anggap saja sebagai cabaran.
Inilah buah pokok kecubung |
First time tengok buah kecubung..
ReplyDeleteKadang kalau meleret pun cerita jadi tak seronok..
Pada jaman dahulu kala, buah kecubung ni digunakan utuk meracun orang.
ReplyDeleteklu someone special yg bagi.. mmg berat hari nak bg dekat org kan
ReplyDeleteBaru tahu kecubung tu nama pokok.
ReplyDeleteMeleret leret tu yang tak best tu.