Sardin?
Suka makan lauk sardin?
ke tak mainlah makan sardin...sebab lauk orang miskin ataupun...
Tak sihat sebab makanan dalam tin tinggi garam dan pengawet?
Tapi.. sardin ni bagi MY lauk utama zaman kami baru baru mendirikan rumah tangga dulu.
Masa tu mampu beli sardin jenama Cinta je...
satu tin kecil tak sampai RM2.
masa tu rumah takde peti ais,
memang susah sikit la nak simpan lauk basah.
Tu yang sadin, telo, sadin, telo...
Macam macam dah menu dan resepi berasaskan sardin yang MY masak..
kari, gulai lemak, asam pedas, tumis cili hijau, masak kicap, masak kering,...sampai habis idea dah rasanya nak menggayakan sardin ni..
Tapi dalam banyak banyak resipi berasaskan sardin ni...
Yang paling MY suka adalah..
sardin yang ditumis dengan cili kering...
kalau dapat lauk ni..
memang lupa la diet suku suku separuh tu...
ni cara masak sardin kegemaran MY
Bahan bahan:
1 tin besar sardin
2 biji kentang
2 labu bawang merah sederhana besar -kisar
3 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili kering (atau ikut tahap kepedasan yang diingini ) - kisar
1 keping asam gelugur
sedikit air
minyak masak
garam
cara cara memasak:
1. Kisar cili kering, bawang dan bawang putih
2. tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. masukkan sardin dan ubi kentang
4. tambah kan sedikit air untuk empukkan kentang.
5. setelah ubi kentang empuk, masukkan garam dan asam keping...
6. kacau sekejap dan dah siap
7. Kalau suka sardin berkuah sedikit, boleh lebihkan air
masak macam ni memang MY suka sangat.
sebab bawang dah blender..
Mama Yan dengan bawang memang berseteru sejak lahir lagi..
Takleh tengok muka bawang,
rasa nak tumbuk tumbuk je...
kalau nak senang blender je terus...
hancur lebur...
senang nak makan, takde aktiviti terkuis tertepis bawang lagi dah...hihihi
kalau dapat sambal sardin macam ni..
jangan kata layan dengan nasi panas,
dengan lempeng atau kuih kodok masin pun cara...
ye dak?
Hehe saya suka bawang sama ada sudah kena tumbuk atau racik.
ReplyDeleteLauk sardin yang saya suka masak sambal atau kari.
menu simple dan mudah, memang sedap makan dgn nasi..hehe
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-kampung-pisang-bersiri-siri-2020.html
Suka jer lauk sardin...sedap..fav anak beranak ni...tapi mesti sardin cap ayam..xpe la kalau mahal sikit
ReplyDeleteSedapnya nampak sardin yang mama Yan tunjuk tu.
ReplyDeleteMak Mrs. A panggil ikan dalam kurung hehehee...
Mrs. A sekeluarga suka sardin samda sambal mahupun kari err... yummy!
Suka lauk sardin. kalau tak tahu nak masak apa, masak sardin je senang. Selalu masak guna cili api. Tak pernah cuba lagi guna cili kering. Macam menarik untuk dicuba guna cili kering.
ReplyDelete