Tajuk buku: Terkaitnya Kita
Penulis : Syaz Eym
penerbitan :Syihabudin Press
Cetakan : santai Ilmu Publication
Kemaskini: November 2020
Jumlah Mukasurat :132
Novel ni memang unik. Lain daripada novel yang biasa kita baca. Nipis je...tak tertekan nak habiskan. setiap bab diolah menjadi sebuah cerita pendek atau cerpen yang tidak bersandar antara satu sama lain.
Tapi nanti bila kita baca...ohhh...dia ni abang dia ni...oh...dia ni adik dia ni...ohhh dia ni ex girlfriend dia ni... memang menarik. Tahniah Syaz. MY suka sangat. Semoga lepas ni ada karya baru lagi tauu...
Jom kita baca sepintas lalu setiap bab...
Hatiku ada Kamu
Kisah Azlan, Fisah isterinya dan Nani yang selalu menemani Azlan di balai pengawal sepanjang waktu bekerja. Tentang resah gelisah dan keluh kesah Azlan yang merindui Nani kerana Azlan terpaksa bercuti untuk menjaga isterinya yang baru bersalin
Seperti Yang Awak Mahu
Seorang isteri, Himayah yang sanggup meminta perpisahan dari suaminya, Busrain hanya kerana terpedaya dengan kilauan cinta palsu seorang lelaki. Akhirnya terkecewa dan menyesal yang tiada kesudahannya.
Galas
Khalis tinggal di sebuah rumah agam bersama ibu dan majikan ibunya. Setelah dewasa, Khalis juga menjadi pekerja Puan Raudhah. Dan akhirna tersingkap satu rahsia mengapa Ibu Khalis enggan meninggalkan Puan Raudhah, majikannya.
Jun
Nabil yang memandu e hailing telah membawa seoarng gadis yang bernama Jun ke sebuah kawasan rumah flat. Gadis tersebut membawa beg pakaian besar dan meninggalkannya dalam kereta Nabil. Menurutnya hendak naik ke atas sebentar, tetapi malang nasib Nabil kerana di dalam beg tersebut mengandungi kampit kempit berisi serbuk berwarna putih dan disiasat polis peronda di kawasan tersebut. Nabil dibawa ke balai.
Selesai
okay...yang ni sad story. Tetiba teringat kat dua orang abang yang telah pergi menghadap-Nya. Kisah kali ini mengisahkan pengorbanan seorang kakak, Sadah yang menjaga adiknya, Rizal yang menghidap kanser buah pinggang. Kena baca sendiri sbb MY ternangis baca yang ni.
Pesona Fitra
Hahaha...yang ni cerita kelakar. Takde sinopsis. Tapi kesian la Muhib. Lain kali jangan excited sangat. Taaruf elok elok dengan bakal isteri okay
Antara Dua
Ini merupakan sambungan dari kisah Pesona Fitra di atas ni. Muhib menerima kiriman kopi dan surat dari 'A.H' setiap hari. Tetapi Muhib tersalah orang, difikirnya Akalili Hamdan, rupanya Amna Hamra. ah sudahhh...
Demi Restu
Muhib ingin menikahi kedua dua Akalili dan Amna Hamra. tetapi ibunya tidak setuju. Boleh pilih satu sahaja. Ibu Muhib tidak ingin tragedi Busrain, abang kepada Muhib yang dicurangi Himayah menimpa sesiapa juga.
Perlu Kembali
Ismat kembali ke kampung halamannya setelah majikannya Sadah meninggal dunia. Dalam perjalanan pulang, motornya rosak. Ismat menumpang teksi yang sudah ada penumpang di belakangnya.
Taufan dalam Hati
Gadis dalam teksi bersama Ismat ialah Akalili. Kedatangannya ke rumah Muhib bagi membuktikan dia juga mampu memasak sambal kesukaan Muhib.
Hikmah Isu Ini
percintaan antara ismat dan Akalili akhirnya berakhir. Itulah yang sebaiknya jika sebenarnya tiada rasa cinta dan saling memahami. Ismat terlanggar Meja jualan kuih seorang gadis yang bernama Jun
Merungkai
Akalili yang kecewa bekerja di nursery tanpa gaji dan persetujuan Khalis. Main terjah sehaja. Gila budak pompuan sorang ni. Pening Khalis
Sejujurnya Aku
Setelah Akalili pergi, barulah Khalis menyedari ruang kosong yang ditinggalkan Akalili. Haishh... begitulah... lelaki yang terdidik dengan kerja berat, kerja kebun, menoreh, angkat barang, pertuturan mereka sering kali kasar sepertimana pekerjaan mereka. Terlalu berterus terang. Sebelum Akalili berangkat ke KK, Khalis datang mencari dan meluahkan isihati.
Berbunga-bunga hati saya baca review setiap cerpen tu MY, terima kasih sebab support saya ;)
ReplyDeletememang berbakat betul syaz nih kan
ReplyDeletex sabar menunggu novel seterusnya drp Syaz. Mesti lagi best kan?
ReplyDeleteLess is more
ReplyDeletebest ..
ReplyDeleteSelamat membaca.
ReplyDeletetahniah Syaz
Terbaik syaz! :)
ReplyDeleteWah syaz dh ada buku rupanya
ReplyDeleteDah baca. Menarik sangat ceritanya semua berkaitan. Bahasa pun sempoi je membacanya.
ReplyDelete