Buang geraham bongsu - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, January 6, 2021

Buang geraham bongsu

Hari Ahad 27 Disember 2020 hari tu MY pergi klinik gigi untuk remove geraham bongsu yang dah berbelas tahun sakit on off. My dah pernah tulis pasal gigi yang sakit ni kat blog rupanya.

Entry 1 : sakit gigi

Entry 2 : Sakit gigi: Part 2

Alhamdulillah... luka tempat gigi geraham tu cabut dah beransur baik. Tapi masih berlubang lagi la tempat geraham yang dikeluarkan tu. Cuma dah tak sakitlah. 

Masa hari ke 3 cabut tu, kat sekitar gusi tempat baru cabut tu penuh dengan ulser. memang berdenyut denyut betul sampai tak boleh tidur dan tak boleh makan. Sakit tak boleh nak cakap. Sakit masa jahitan czer terbuka sikit masa bersalin mizan dulu pun tak sesakit sakit lepas cabut gigi ni.

MY sapu krim bio ever Hai O tu kat pipi sebelah kanan tiap tiap pagi, petang, malam... dengan harapan krim tu boleh meresap dan cepat baik. Tak jadi satu kerja pun sebabkan sakit gigi ni. Sebab tu langsung takde entry sepanjang 2 minggu ni. Layan sakit gigi punya pasal. Alhamdulillah, dah betul betul tak sakit dah lepas 10 hari. 

Oh ya...MY pergi Amim Dental Surgery kat Taman Universiti, Skudai dan dirawat oleh big boss Dr. Amim sendiri. Kos nya pula adalah... Gigi geraham bawah RM1500 dan geraham atas RM350. Jadi bil nya RM1850. kalau campur dengan X-Ray nya yang seminggu sebelum tu RM150, jadilah total semua sekali RM2,000. Manja betul anak bongsu ni, beribu habis ke dia...hahaha.

Simpan kat sini senang nak refer kemudian nanti. Ni baru settle buang geraham kanan, gigi yang sebelah dia dah berlubang sebenarnya kat tepi dia. Doktor kata, lagi 3 bulan datang balik untuk repair gigi geraham yang dah rosak tu dan buang geraham sebelah kiri pulak... 

Ok..geraham yang belah kiri ni nanti dulu la. Tahun tahun depan la pula. Macam tak sanggup nak hadap kesakitan sekali lagi...

wisdom tooths
Cabut dua batang, satu atas, satu bawah.
Geraham sebelah dia pun dah terjungkit kena tolak dan dah berlubang juga



11 comments:

  1. Boleh tahan harganya tu ...tapi ye lah sakit gigi mmg tak sedap duduk dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Aduh sakit gigi dan sakit poket berlubang.

    ReplyDelete
  3. harga dia scary betul.... habis dekat dia saja beribu.. huhuhuhu tapi janji sakitnya dah tiada kan

    ReplyDelete
  4. Kos tak kira, yang penting boleh baik sakit gigi tu.
    Gigi geraham bongsu memang biasanya kena buang sebab dia jauh ke dalam dan susah nak berus

    ReplyDelete
  5. Terkejut baca harganya. Semoga lekas sembuh MY❤️

    ReplyDelete
  6. Gigi belah bawah tu sakit tu sebab tumbuh gitu, nsbla dh selamat dibuang ye MY

    ReplyDelete
  7. Fuh..mahal gitu ya.
    Akak pun bakal cabut geraham bongsu ni, sekarang tengah ambik pil antibiotik + tahan sakit, bila dah tak sakit baru boleh cabut. Doc suruh cabut, kalau tak sakit akan berulang lagi. Tapi tak tanya pulak harga camne...haha

    ReplyDelete
  8. Sakit gigi ni bukan main-main, naik ke kepala sakitnya. Selagi tak cabut, selagi tulah merana. Eza pun dah hilang satu gigi geraham. Hihi.

    Mama Yan, Eza nak inform Mama Yan salah seorang peserta bertuah bagi segmen Eza hari tu. Boleh rujuk entry ini:

    https://www.ezaboomboom.com/2020/12/keputusan-pemenang-segmen-pencarian.html

    Nanti Mama Yan email Eza ya, nak buat pengeposan hadiah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. uiiii seram sy tgk harganya... tp demi kesihatan x pe laa janji lps ni kena jg lek lok kan...

    ReplyDelete
  10. Akk pun ada geraham bongsu ni, tak boleh naik habis sbb kt situ gusi sempit, kalo silap makan kat situ jadi bengkak, so kena jaga2 supaya tak kunyah sebelah situ.
    Aiyok mahalnya kos, dan sakitnya. Tapi Alhamdulillah dah settle ye

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan kos dia tu. Apapun semoga cepat sembuh dan dipermudahkan untuk urusan seterusnya. Aaminn

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad