Gobek sirih - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, January 21, 2021

Gobek sirih

Terjumpa gambar gobek sirih dalam facebook.
teringat pulak arwah nenek yang sentiasa bersama gobeknya..

Siapa tak pernah tahu wujudnya blender sirih yang dinamakan gobek sireh.?
Masa arwah atok wan ada dulu..
memang arwah gunakan gobek sirih ni untuk makan sirih.
Arwah masa tu dah takde gigi..
so memang arwah gunakan gobek sireh untuk lumatkan dulu sirih sebelum masuk dalam mulut.

Tapi memori arwah tok wan MY macam dah samar samar dah...
MY dah tak boleh nak bayangkan wajah dan suaranya..
sedangkan masa kecik dulu MY sangat manja dengan arwah.
Arwah meninggal masa Mama Yan darjah 3.
Dah 30 tahun berlalu rupanya...
patutla ingatan terhadapnya semakin kabur.


FB_IMG_1610928905315

Lama selepas arwah meninggal dunia...
Telinga MY terdengar dengar bunyi gobek sirih sedang digunakan.
Setiap kali terjaga di tengah malam, telinga MY macam terdengar bunyi gobek sirih,
hehehe..rindu agaknya..

001
Bahagian yang ni dipanggil anak gobek.
Ada pemegang dan besi tajam hujungnya. 
Rupa dia macam screw driver mata rata kalau tak silap.
Mama Yan pun ingat ingat lupa sebenarnya


002
Yang ni pulak namanya ibu gobek.
Lipat lipat sirih lengkap dengan kapur dan gambirnya,
sumbat masuk dalam ibu gobek tu

003
Lepas sumbat sirih tu dalam ibu gobek,
Tujah tujah la sirih kat dalam tu guna anak gobek sampai lumat.
bila dah lumat,
Bila nenek nenek tua nak makan, 
jolok lah kayu penyumbat bawah tu supaya sirih yang dah lumat tu keluar ikut atas gobek tu.

Rindu...huhuhu







 

13 comments:

  1. logobaru

    skrg jarang dh jumpa org tua mkn sirih... xtau lah kalau kt kampung².. kalau masa kecik dulu sirih pinang ni semua antara benda wajib mesti hidang sementara tgu pengantin dtg bersanding... tp sekarang bila semua dh catering gula² je lah yg selalu dihidang caterer

    ReplyDelete
  2. Sihatimerahjambu

    Ohh macam tu kaedah dia kalau takde gigi. Masih ada lagi kenangan tu walaupun samar samar.

    ReplyDelete
  3. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Anak-anak sekarang ramai tak tahu kewujudan gobek sirih dan tak mustahil tak pernah tengok.

    ReplyDelete
  4. ibu+header

    nostalgia sangat Yan, gobek , daun sireh, gambir dan kapur arwah opah kak ana pun ada makan sireh ni :)

    ReplyDelete
  5. picture

    pertama kali kak yan shida tgk gobek sirih ni ^_^ jakun skit hahahaa

    ReplyDelete
  6. S__671750

    heheh dulu masa kecik kecik main gobek atuk hehehe

    ReplyDelete
  7. IMG_20231029_144236

    barang2 rare mcm ni kena simpan dlm almari hiasan utk anak2 tengok. mcm pokok padi gak...ramai kanak2 x pernah jumpa! Mereka nampak beras je. Yg lagi terus nampak nasi je! huhuhu...

    ReplyDelete
  8. 43124953_727622350920896_1432812003457499136_o.jpg%3F_nc_cat%3D110%26_nc_eui2%3DAeHQizExO35tdVlxcItPFW4ayX4XLU3OP7WwuCNsIoq5b6LjuZmFTXtl1Tm29ioD4x-NApefBBqAVs60DD4R6NS-09dwsR3nFx0hjtdoGC2IoA%26_nc_oc%3DAQnQws5qf0iGdkWjIiSBR74IjoZmQgnaLjOyONjaqZgQq83nH01C3A4s3CLNHGom1q0%26_nc_ht%3Dscontent.fkul15-1

    Pernah tengok..arwah nenek pun makan sireh..

    ReplyDelete
  9. blogger_logo_round_35

    Arwah nenek dan nenek2 sedara pun ada gobek sirih ni...dulu suka gak tolong2 lumatkan sirih diorang...mula2 seronok..lama- lama bosan

    ReplyDelete
  10. a

    atok nenek aida x makan sirih, Yan. aida tak tau benda ni time kekecik dulu. tahu bila da besar, jumpa di tempat lain.
    kebetulan adik ipar aida, collect brg antik. ni ada dlm koleksi dia.
    ia sungguh tradisional, kan. kemelayuan sgt gobek sirih ni. untung la ada collector sorang dlm famili aida. dpt tunjuk semua ni kat anak-anak.

    ReplyDelete
  11. IMG20221116111244

    sy sempat tgk gobek ni sbb arwah jiran sy dulu mkn sirih. selalu dia letak dlm beg anyaman kalau nk ke mana2...

    ReplyDelete
  12. Wallpaper+ballons

    Wah tak pernah tengok lagi gobek sirih ni!

    ReplyDelete
  13. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Sha pernah tengok gobek sirih ini.. Lama dah masa kecik-kecik.. Orang tua yang suka makan sirih memang ada benda ini.. Barang legend ini..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad