Sepanjang tak menulis blog ni...MY hanya baring baring di rumah dan maraton drama Korea di Netflix. Anak anak pula suami dah hantar ke kampung sebab atoknya dah rindu nak layan cucu. Sementara mak mentua sihat nak layan cucu, hantarkanlah. Mak MY dah tak sihat walaupun nak jaga diri sendiri. Apalagi lagi nak layan cucu. Memang betul betul suami suruh rehat, makanan pun dia belikan. Tak payah masak dia kata.
Antara drama Korea yang sempat MY tonton adalah What's Wrong with Secretary Kim. Drama ni mengisahkan kehidupan Kim Mi-so (Park Min-young) yang merupakan seorang setiausaha kepada Lee Young joon (Park Seo-joon) seorang CEO syarikat yang kaya raya. Secretary Kim ni rasa dia macam dah takde life langsung sejak jadi setiausaha bos dia tu. So, satu hari dia hantar surat letak jawatan sebab dia kata dia nak cari pasangan hidup pulak.
Bos dia, walaupun terima surat perletakan jawatan dia tu, sedaya upaya memujuk dan menggoda dia sepanjang tempoh notis berhenti dia tu. Bos dia juga, propose dia untuk kahwin.
Bos dia ni, menghidap imsomnia dan trauma kerana pernah diculik semasa kecil. Masa kena culik tu, ada sorang budak perempuan yang kena culik sekali dengan dia. Budak perempuan tu sebenarnya Kim Mi-so tu, tapi dia dah tak ingat. Tapi bos dia ingat dan masih kenal lagi budak perempuan yang kena culik dengan dia tu setiausaha dia.
cerita ni ala ala komedi romantik sikit. Takde apa apa konflik pun, tengok ajela sambil layan perasaan hero dan heroin yang kacak lawa kaya raya romantik segala..hahaha...
Tajuk drama: What's Wrong with Secretary Kim
Pengarah : Park Joon-hwa
Bilangan episod : 16
ramai ckp cita ni best.. but i tak tgk hehehe
ReplyDeleteBest cerita ni :)
ReplyDeleteTak tengok lagi cerita ni. Ada Park Seo-joon tu mesti best :)
ReplyDeleteCerita ini layan klip pendek-pendek dia okay lagi.. Tapi nk tengok penuh memang tak terlayan.. hehehe
ReplyDelete