Borak borak dengan ex-housemate zaman UTM dulu...
Diorang masing masing work from home ...
Semua mengadu dah sakit pinggang sebab duduk kat kerusi meja makan yang tak ergonomik untuk buat kerja dalam jangkamasa yang lama.
Kesian juga MY kat anak anak yang kecik ni...
MY beli meja makan saiz kecik sikit untuk dioarang buat kerja sekolah.
Meja kerusinya agak tinggi lah untuk diorang...
Mesti anak anak penat sebenarnya duduk belajar kat meja tu...
Dengan kaki tergantung tak jejak lantai...
Mama Yan sendiri duduk lama² penat, sakit pinggang dan bahu semua...
Ini lagi anak anak...
Takkan nak beli meja belajar saiz kecik pulak sedangkan diorang makin membesar.
Lagipun mana lagi nak letak?
Cepatlah covid ni pergi...
Nak jalani hidup seperti biasa pula..
Kerusi komputer anak anak MY
Kerusi yang Shaira beli
Kerusi meja kat bilik belajar anak anak
Kerusi Shaira yang baru sampai
Kerusi kerja kat rumah Dil. Rasanya ni lah kerusi yang paling mahal antara kerusi kerusi kami semua
semoga covid cepat berlalu sementara tu bertabah la ye
ReplyDeletekerusi ni selasa la jgk utk diorg kan
ReplyDeleteguna kerusi kayu mahu kematu duduk atas tu
ReplyDeleteCantik kerusi Shaira.
ReplyDeleteKerusi komputer dan kerusi shaira tu nampak selesa.. kalau kerusi kayu penat juga duduk lama2
ReplyDeleteKerusi untuk workspace memang sesuai yang jenis ergonomik. Selesa dan tak sakit pinggang bila duduk lama tu :)
ReplyDeleteKerusi yang last tu sama macam dekat rumah keluarga Sha..
ReplyDelete