Diary anak Mac 2021 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, March 13, 2021

Diary anak Mac 2021

Ni gambar hari pertama sekolah hari 2 minggu lepas. 
Sorang darjah 2,
2 orang darjah 1.
Nampak macam yang lelaki dua orang tu yang kembar...
Dan yang pompuan adik..
Padahal yang kiri tu abang darjah 2,
Yang perempuan tengah dan yang kanan sekali yang kembar.

Hari hari ada je benda yang nak dibeli di kedai buku sekolah.
Beli buku whatsapp...
lukis lukis gambar...
tulis..
Padahal buku tulis tak habis kat rumah ni menimbun banyak

Beli pembaris..
walaupun alat tulis dah lengkap dah dalam beg.


Hari Isnin dan Rabu kena makan dalam kereta sementara tunggu abang tahap 2 keluar kelas.
Sebab hari Isnin dan Rabu yang tahap 1 ni ada sekolah agama petang.
Nanti kelam kabut nak makan, nak mandi, pakai baju.
so mana yang boleh buat dulu, kita on dulu

MY beli tupperware baru sempena naik sekolah 2021
Harap harap bertahan lama la dalam jagaan korang bekas makanan ni ya..
Sekarang kena makan dalam kelas je...
Insyaallah tak hilang.
kalau tertinggal pun, 
esok boleh bawa balik

Masa tunggu ayah kat dalam kereta..
Dia gatal sarung safety vest dan pakai topi kebun ayahnya..
Lepas tu tanya mama.. " ada gaya ayah tak?"
Terus Mama Yan ajak dia turun kete ambik gambar kejap...


Ni masa dia buat tugasan Sejarah..
Kena buat sorakan untuk pasukan Malaysia..
Siap pinjam jersy bola ayah...

Bujang yang dah tingkatan 1 ni masih pdpr.
Ni masa dia kena huraikan 7 nasihat dalam lagu Tujuh Nasihat oleh Dato Seri Siti Nurhaliza.
Sambil sambil tu ajar dia gunakan Microsoft Power Point.


Macam macam ragam anak sementara diorang nak besar ni. 
Tapi kalau dah besar nanti,
Lain pula ragamnya.  
...
Ngeri juga bila fikir fikir ujian untuk anak anak zaman sekarang ni...
Semoga yang baik baik aje lah untuk anak anak kita














 

12 comments:

  1. Bestnya ada anak kembar.
    Selamat belajar ye anak-anak yang comel.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ada anak kembar. Harap ada rezeki dapat anak kembar nanti. Aaminnn
    Macam macam ragam anak tapi itulah yang meninggalkan kenangan bila mereka dah besar nanti :)

    ReplyDelete
  3. Hehe warna-warni Tupperware. Semua ada warna sendiri.

    ReplyDelete
  4. bila dah buka sekolah ni, mak2 la paling sibuk. semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga :)

    ReplyDelete
  5. Selamat maju jaya dalam pelajaran buat mereka semua

    ReplyDelete
  6. Moga terus cemerlang dan bijak mcm ibu ayahnya.

    ReplyDelete
  7. betul, mmg nmpk dua boys tu kembar, rupanyaaa kembar sepasang... hhehee

    ReplyDelete
  8. syiok nya dapat anak kembar... sepasang plak tu...

    ReplyDelete
  9. Comelnya si kembar dengan abang.. Dah mula bersekolah dah.. Bab ke kedai koperasi sekolah tu sama je dengan anak sha.. bawa duit sebab nak membeli di situ.. Walaupun dah cukup alat tulis dna buku tetaplah nak membeli juga.. hehehe.. Bebudak kan mama yan..

    ReplyDelete
  10. anak perempuan berbadan kecil tu nampak mcm adik kan.. seronok diorg bersekolah semua baru

    ReplyDelete
  11. semoga semua anak2 akak berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad