Anak anak nak karipap..
Tapi MY malas benar nak menguli karipap..
kadang kadang kan kita ni ada hari malas..
Takde mood nak masak macam macam...
masak lauk pun sekadar masak ajelah,,.
Jadi Mama Yan gunakan kulit popia aje untuk gulung inti karipap...
Cepat sikit siap...
hehehe...
Popia kanak kanak tanpa sayur
Inti:
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
setengah inci halia - kisar
5 helai daun kari
1 sudu besar serbuk kari
sekeping dada ayam - cincang kasar
4 Biji kentang besar - potong dadu
4 batang sosej - goreng & potong dadu
beberapa batang filamen crab - goreng dahulu dan hiris
2 keping keju slices
Kulit:
1 bungkus kulit popia 50 helai
1 sudu tepung gandum + 4 sedikit air
Cara membuatnya |:-
1. Tumis bahan bahan kisar...
2. Masukkan daun kari buat menambah aroma
3. Masukkan serbuk kari. Sebab anak kecik2 lagi dan tak makan pedas, MY letak satu sudu je.
4.Masukkan ayam dan kentang.
5. Tambah sedikit air untuk empukkan kentang (biasa MY letak air sama paras dengan kentang. Air kering, kentang pun empuk)
6. Masukkan garam dan bahan perisa yang disukai.
7. Masukkan sosej, filamen crab dan keju..
8. Gaul sebati dan tutup api
9. Gulung inti dalam kulit popia.
Gunakan bancuhan cair tepung dan air sebagai gam untuk mengelakkan kulit popia terbuka
Anak anak semua tak makan sayur.
Untunglah korang yang dapat anak makan tak memilih.
Jangan cakap kami tak ajar anak makan sejak kecil pulak..
Masa kecil dulu...
macam macam jenis sayur MY blender dalam bubur mereka..
Semua ngapppp je..
Bila dah besar sikit..
Dah ada gigi...
Semua dah pandai korek mulut sendiri keluarkan sayur..
Dah macam macam lagu dah keluar untuk memujuk...
Dari soft skill hingga ke wild skills ...
Sampai kena cubit pun..
Diorang tetap tak makan sayur,..
Jadi.. dah habis usaha dah nak bagi makan sayur ...
Dia punya tak nak makan sayur tu...
kalau kita masak lauk sayur sahaja,,
Sangguplah diorang makan nasi putih tanpa lauk...
Buatnya tengah2 diorang makan nasi putih takde lauk tu mak mentua datang..
Mau sampai kiamat kami laki bini kena kecam...hahahaha..
masak mee atau bihun kalau ada sayur,,
Memang diorang tak makan la jawabnya...
Sudahnya semua buang sebab diorang sanggup kelaparan.
Kalau paksa juga..
masing masing sampai muntah muntah sebab gigit sayur...
Dah malas nak fikir...
Makanlah apa yang korang nak makan.
Nanti dah besar..Pandailah korang nak makan apa...
Nak nak MY ramai anak lelaki...
Selalu MY cakap kat diorang...
Esok kalau bini korang masak..
berani la korang tak nak makan..
Korang tahula nanti apa akan jadi kalau tak makan apa bini masak...
terus masing masing tengok muka ayah...hahahaha
hahaha klu bini yg tau masak takpe, klu dpt yg tatau masak, jenuh hahaha
ReplyDeleteKalau suami menyokong, lama lama pandaila bini tu masak...
DeleteHehe. Suami kena pandang deko anak-anak.
ReplyDeleteHaah terpulang apabila sudah besar. Selu sudah besar makan sayur.
ye..dah besar pandai pandaila makan sayur
DeleteAnak kita yg tua tu pun memilih sayur. Masa kecik macam tulah, dikoreknya bawang, sayur semua dari nais, bukan tak diajra, kan.. huuhu
ReplyDeletetu lah... dah ajar, dah suruh.. takkan nak sumbat pulak dalam mulut masing masing
DeleteOk nak kena tengok lagi post ni utk persediaan buat bekal anak ke sekolah. hehe
ReplyDeleteok jom buat...boleh ubah ubah kalau tak mkan sosej
DeleteSedapnya makan popia tanpa sayur. Saya suka popia tak ada sayur sebab tak makan sayur hahaha. Senang je nak makan, ni kalau ada sayur, nak kena asingkan terlebih dahulu hehehe.
ReplyDeletehahaha...dulu kak yan pun tak makan sayur, makan kulit je kalau popia tu.
DeleteOk juga kak yan..sedap ape hehee..saya kalau kdg2 teringin mkn..beli hat frozen je hehee
ReplyDeleteOkayh boleh nnt resepi nie..tapi risau anak2 mkn tang kulit popia je..isi bg ke mak sudahnye..:)
ReplyDeletejgn risau sis...insya allah diorg dah bsr nnt dah fhm akan pentingnya makan sayur, diorg mesti mkn punyalah wpn sedikit ;-)
ReplyDeleteresepi boleh buat jual ni hehehe
Tanpa sayur, laju je masing masing makan ye. Terhibur pulak baca cerita, masing masing tengok ayah :)
ReplyDeleteHari hari kurang rajin tu memang sentiasa ada. Tp kurang rajin pun tetap ada walaupun simple .
ReplyDeletenmpk mudah je buatnya..boleh cuba buat nnti
ReplyDeleteair freight
borong china
beli barang dari china