Popia anak anak - aziankhalil.com

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, March 21, 2021

Popia anak anak

Anak anak nak karipap..
Tapi MY malas benar nak menguli karipap..
kadang kadang kan kita ni ada hari malas..
Takde mood nak masak macam macam...
masak lauk pun sekadar masak ajelah,,.

Jadi Mama Yan gunakan kulit popia aje untuk gulung inti karipap...
Cepat sikit siap...
hehehe...

Popia kanak kanak tanpa sayur

Inti:
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
setengah inci halia - kisar
5 helai daun kari
1 sudu besar serbuk kari
sekeping dada ayam - cincang kasar
4 Biji kentang besar - potong dadu
4 batang sosej - goreng & potong dadu
beberapa batang filamen crab - goreng dahulu dan hiris
2 keping keju slices

Kulit:
1 bungkus kulit popia 50 helai
1 sudu tepung gandum + 4 sedikit air

Cara membuatnya |:-
1. Tumis bahan bahan kisar...
2. Masukkan daun kari buat menambah aroma
3. Masukkan serbuk kari. Sebab anak kecik2 lagi dan tak makan pedas, MY letak satu sudu je. 
4.Masukkan ayam dan kentang.
5. Tambah sedikit air untuk empukkan kentang (biasa MY letak air sama paras dengan kentang. Air kering, kentang pun empuk)
6. Masukkan garam dan bahan perisa yang disukai.
7. Masukkan sosej, filamen crab dan keju..
8. Gaul sebati dan tutup api
9. Gulung inti dalam kulit popia.
Gunakan bancuhan cair tepung dan air sebagai gam untuk mengelakkan kulit popia terbuka


20210319_102610

20210319_102606

Anak anak semua tak makan sayur.
Untunglah korang yang dapat anak makan tak memilih.
Jangan cakap kami tak ajar anak makan sejak kecil pulak..
Masa kecil dulu... 
macam macam jenis sayur MY blender dalam bubur mereka..
Semua ngapppp je..
Bila dah besar sikit..
Dah ada gigi...
Semua dah pandai korek mulut sendiri keluarkan sayur..
Dah macam macam lagu dah keluar untuk memujuk...
Dari soft skill hingga ke wild skills ...
Sampai kena cubit pun..
Diorang tetap tak makan sayur,..
Jadi.. dah habis usaha dah nak bagi makan sayur ...
Dia punya tak nak makan sayur tu...
kalau kita masak lauk sayur sahaja,,
Sangguplah diorang makan nasi putih tanpa lauk...
Buatnya tengah2 diorang makan nasi putih takde lauk tu mak mentua datang..
Mau sampai kiamat kami laki bini kena kecam...hahahaha..
masak mee atau bihun kalau ada sayur,,
Memang diorang tak makan la jawabnya...
Sudahnya semua buang sebab diorang sanggup kelaparan.
Kalau paksa juga..
masing masing sampai muntah muntah sebab gigit sayur...

Dah malas nak fikir...
Makanlah apa yang korang nak makan.
Nanti dah besar..Pandailah korang nak makan apa...
Nak nak MY ramai anak lelaki...
Selalu MY cakap kat diorang...
Esok kalau bini korang masak..
berani la korang tak nak makan..
Korang tahula nanti apa akan jadi kalau tak makan apa bini masak...
terus masing masing tengok muka ayah...hahahaha


 

16 comments:

  1. S__671750

    hahaha klu bini yg tau masak takpe, klu dpt yg tatau masak, jenuh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      Kalau suami menyokong, lama lama pandaila bini tu masak...

      Delete
  2. wombat+duduk

    Hehe. Suami kena pandang deko anak-anak.
    Haah terpulang apabila sudah besar. Selu sudah besar makan sayur.

    ReplyDelete
  3. Kak%252BSeri

    Anak kita yg tua tu pun memilih sayur. Masa kecik macam tulah, dikoreknya bawang, sayur semua dari nais, bukan tak diajra, kan.. huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      tu lah... dah ajar, dah suruh.. takkan nak sumbat pulak dalam mulut masing masing

      Delete
  4. 20230708_134154

    Ok nak kena tengok lagi post ni utk persediaan buat bekal anak ke sekolah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      ok jom buat...boleh ubah ubah kalau tak mkan sosej

      Delete
  5. IMG_7572

    Sedapnya makan popia tanpa sayur. Saya suka popia tak ada sayur sebab tak makan sayur hahaha. Senang je nak makan, ni kalau ada sayur, nak kena asingkan terlebih dahulu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      hahaha...dulu kak yan pun tak makan sayur, makan kulit je kalau popia tu.

      Delete
  6. picture

    Ok juga kak yan..sedap ape hehee..saya kalau kdg2 teringin mkn..beli hat frozen je hehee

    ReplyDelete
  7. 48110886_10218751316232809_8487582506269278208_o

    Okayh boleh nnt resepi nie..tapi risau anak2 mkn tang kulit popia je..isi bg ke mak sudahnye..:)

    ReplyDelete
  8. IMG20221116111244

    jgn risau sis...insya allah diorg dah bsr nnt dah fhm akan pentingnya makan sayur, diorg mesti mkn punyalah wpn sedikit ;-)

    resepi boleh buat jual ni hehehe

    ReplyDelete
  9. Sihatimerahjambu

    Tanpa sayur, laju je masing masing makan ye. Terhibur pulak baca cerita, masing masing tengok ayah :)

    ReplyDelete
  10. 1482816570713

    Hari hari kurang rajin tu memang sentiasa ada. Tp kurang rajin pun tetap ada walaupun simple .

    ReplyDelete
  11. blogger_logo_round_35

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad