Kad raya pengganti diri - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, April 30, 2021

Kad raya pengganti diri

Tahun ni Mama Yan nekad nak pos kad ucapan selamat hari raya kepada rakan taulan dan anak saudara yang jauh di perantauan.
Eh...sebenarnya.. Mak sedara diorang yang merantau jauh dari kampung halaman.
Rakan rakan yang wajib dikirimkan kad raya mestilah ex housemate dan ex roommate masa bergelar student dulu.

First trip.

Second trip... 

Mama Yan juga ada pelawa kat facebook siapa² nak kad raya,
Ramai juga yang rindukan kenangan zaman kad raya ni rupanya...
MY selalu juga dapat kad raya dari kontraktor dan supplier atas nama perniagaan.
Tapi secara personal,
Memang dah 20 tahun rasanya tak dapat kad raya..

Masa cari kad raya hari tu,
Mula mula MY cari di kedai buku,
Tapi tak ada dijual di kedai buku...
Jadi MY cari di AEON Taman Universiti..
Alhamdulillah... masih ada lagi dijual di sana.

Walau semoden mana pun dunia dan teknologi hari ini...
Kiriman kad raya merupakan sebahagian daripada tradisi perayaan kita.
Jadi bila ada kesempatan... tak salah rasanya jika kita meneruskan tradisi kita ni.
Lebih lebih lagi jika ianya mampu menggembirakan orang lain.. betul tak?
 

9 comments:

  1. tu lah, rasa macam da lama jugak tak dapat kad raya...last entah tahun bila ek...

    ReplyDelete
  2. lama gila x dapat kad raya hehehe....

    ReplyDelete
  3. 2 tahun lepas ada juga antara kad raya kat family di kampung... tapi tahun ni takde pulak...

    ReplyDelete
  4. Betul tuu, tapi lama betul tak dapat kad raya, biasa wish di whatsapp aje hahaha.
    Tahun ni dapat sebab kak shida bagi harituuuu hehehe.

    ReplyDelete
  5. Rasanya last akak hantar kad raya beberapa tahun lepas, hantar ke adik-beradik dan kawan tertentu.

    Bagus Yan rajin hantar kad raya, cipta memori ❤️

    ReplyDelete
  6. Bestnya masih meneruskan tradisi hantar kad raya. Susah nak jumpa kad raya yang ready made sebab ramai yang design sendiri je. Semoga semua kiriman kad selamat sampai :)

    ReplyDelete
  7. Masih ada jual kad raya ek
    Dah berjaman tak dapat atau hantar kad raya.

    ReplyDelete
  8. bestnyeee dah lama tak dapat kad raya. dlu suka pegi kedai sebab nak yang ada muzik tu

    ReplyDelete
  9. bestnyaa!!! dulu masa dekat2 nak puasa mmg dah tak sabar cari kad raya then senaraikan nama2 yg nak hantar hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad