Hari Khamis malam minggu lepas,
MY dan suami bawa anak anak makan kat luar...
Kami bawa makan kat Restoran Kemangi kat depan Lionmas Pontian tu...
Order makan nasi dan lauk...
Sebab dah lama tak bawa makan kat luar,
Order macam macam la sikit...
Tapi sebab hari sekolah..
Pukul 9 semua mata dah tak boleh nak celik...
Makan pun dah tak berapa selera...
Sotong goreng tepung... sedap
Ayam goreng kunyit...so-so
Tom Yam Campur.. ni so-so
Ikan Siakap Tiga Rasa...yang ni sedap.
Dan order juga Siakap stim Lemon, Sayur kangkung belacan dan Telur dadar.
Takde lak gambarnya.
Sebab Mama Yan bagi adik Mijan Main handphone..
kalau tak bagi handphone asyik nak berjalan jalan dalam restoran tu.
pegang sana sini...
Dah la restorannya tepi jalan besar.
Risau pulak kot dia berlari keluar ke,
Nak bagi dia diam setempat bagi la handphone.
Ni MY suruh si abang yang ambilkan gambar.
Siakap Stim Lemon tu,
Lupa pula nak pesan jangan letak cili banyak sangat.
Pedas gilss jadinya...
Budak budak kecik ni tak reti makan pedas...
Pedas sikit sikit tu bolehlah.
Ni pedas jenis cili padi bertaburan ni...
Diorang tak tahan.
Sebab semua dah kuyu...
Makan pun masing masing tak habis.
Macam tu la kalau hari sekolah.
Pagi pagi pukul 5.30 dah bangun.
Lepas balik sekolah pagi,
Sambung pulak sekolah agama.
kalau tak sekolah agama,
Suruh tidur petang semua tak reti..
Gasak tengok tv je...
Malam cepat aje cari bantal.
Itupun ada hati nak ajak ayah pergi Dataran Pontian yang tepi laut tu...
Naik kereta nak balik,
semua lena...
pernah jugak makan kat sana dengan family di kampung masa tahun 2018 rasanya. Ada menu yang best ada yang kureng
ReplyDeleteSotong goreng tepung dia macam ayam goreng mamak. Confirm rangup gila tu
ReplyDeleteOh, kita ingatkan Rest Kemangi tu ala2 kopitiam menunya
ReplyDeletesebab tu kakmim x suka bawak budak² keluar time mlm sekolah... pastu rushing nk balik sbb nk pastikan diorg tdo kol 10... hehehehe
ReplyDeleteselamat berpuasa ye MY
Teringat bau daun kemangi!
ReplyDeleteNampak sedap belaka menunya.
sotong goreng tepung tu nampak meriah
ReplyDeletePH tahu restoran ni sbb selalu ikut suami outstation ke Pontian. Tapi belum pernah masuk ke sini. Nampak sedap makanannya
ReplyDeleteSotong goreng tepung tu betul betul menggoda!
ReplyDeletebesar nampak sotong goreng tepung tu. menggoda betul..
ReplyDeleteSedap2 nampaknya
ReplyDeleteSemua nampak sedap. Sotong pun size besar
ReplyDeleteletih betul smua org hehe
ReplyDelete