Salam Ramadan kepada semua pembaca blog aziankhalil.com,
Busy beberapa hari ni...
Tak sempat nak blogwalking dan menulis entry baru.
Alhamdulillah dengan keizinan - Nya,
Dapat kita selesaikan ibadah puasa kita di hari pertama ini...
Untuk hari pertama ni,
Belum lagi ke bazar Ramadan,
Masih ada mood memasak.
Untuk hari pertama ni Mama Yan masak roti jala dan kari ayam
Dua dua dapur onz nak bagi cepat,
Last² tak sempat gulung,
Pakai satu tungku aje lepas tu.
Buat sikit aje...
Tak sampai sekilo pun..
Terlebih perwarna kuning pulak.
Cukupla sebab ada masak nasi juga.
Kari ayam kampung kacuk yang telah disembelih hujung minggu lepas.
Makanan yang dah siap tak sempat nak placing cantik cantik...
Bateri handphone habis pula...
Lupa nak cas
Sempena bulan Ramadan ini...
Saya memohon maaf andai ada tulisan salam blog ini ataupun komen yang saya tinggalkan menyakitkan hati siapa siapa..
Kepada stalker..
Bukan stalker la... kepada silent reader saya mohon maaf juga atas segala kesalahan saya...
Semoga Ramadan ini memberi seribu rahmat kepada kita semua...
Aminnn
Aamiin aamiin ya rabbal alamin.
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa kak yan dan keluarga :)
Selamat berpuasa atiqah...
DeleteSelamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk akak sekeluarga.. Semoga di bulan yang mulia ini, segala ibadah kita akan diterima oleh Allah dan dapat menampung bekalan kita untuk akhirat nanti, Insha Allah...
ReplyDeleteSelamat berpuasa shikin..mudah mudahan ...Aminn
DeleteAlhamdulillah... rajin menjala kakyan. Sedap masak sendiri. Selamat berpuasa kakyan. Maaf juga jika ada salah silap 😊
ReplyDeleteSelamat berpuasa Fiza
Deleteselamat berpuasa MY, aduh rajinnya MY...
ReplyDeletedana ni kalau hari keje tak dan nak masak kuih sangat, insyallah niat ada jugak nak buat roti jala ni... teringin pulak
Johor kan cuti awal Ramadan, sempat la nak menebar jala
DeleteSalam Ramadhan yan... wah ni rajin ni... kat rumah k ret time rajin,hujung minggu je la hahaha
ReplyDeletekami di Johor cuti awal Ramadan..kalau tak cuti memang tak sempat
Deletesedapnya roti jala cicah kari ayam... hari ni menu apa pulak MY?
ReplyDeleteHari ni anak nak fries dengan nugget...layannn
Deleteselamat berpuasa kak.. :)
ReplyDeleteSelamat berpuasa naim
DeleteSelamat berpuasa.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segala urusan amal ibadah di bulan mulia ini.
Selamat menjalani ibadah puasa pada kali ini
ReplyDeleteBestnya stove Yan tu. Unik bentuk dia. Kak Sam pun ingin memohon ampun maaf kalau ada penulisan di blog yg tidak menyenangkan.
ReplyDeletesalam ramadhan..sedap tu roti jala
ReplyDeleteSalam ramadhan
ReplyDeleteSalam Ramadhan MY.
ReplyDeleteBagus juga update makanan ni sebab tak de idea nak buat apa. Naura baru ok dan hari ni baru nak beli barang keperluan memasak n nk masak.
Sedapnyaaaa.. rugi thn ni tak boleh puasa sebulan huhu
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat mama yan sekeluarga ☺️
ReplyDeleteselamat berpuasa MY :)
ReplyDelete