Bersalin di hospital kerajaan lebih sakit berbanding hospital swasta? - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, May 5, 2021

Bersalin di hospital kerajaan lebih sakit berbanding hospital swasta?

Terjumpa komen komen di bawah ni di bawah gambar DS Siti Nurhaliza yang sedang uruskan majlis akikah anaknya...

Oohhh....ye ke...
Takpe lah...
Mama Yan yang berisiko tinggi semasa mengandung ni memilih untuk bersalin di hospital kerajaan.

Seingat Mama Yan...
Lepas bersalin secara caesarian,
Hari ni bersalin,
Pagi esoknya Mama Yan dah gigih pergi toilet sendiri..
Memang nak cepat cepat boleh bergerak dan berjalan.
Nurse pun terkejut,
Selesai pembedahan pukul 1 tengahari,
Pukul 7 malam, 
MY dah duduk atas kerusi sambil main handphone.
Nurse cakap...
Baru nak suruh belajar bangun perlahan lahan...
Dah bangun sendiri rupanya...

Esok paginya minta nurse buka tube urin tu...
Sebab dah boleh pergi toilet sendiri...
Agaknya kalau MY bersalin czer kat swasta,
Mungkin hari ke 3 dah boleh main layang layang agaknya.

Bagi Mama Yan,
Baik swasta ataupun kerajaan,
Kedua duanya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
Sama juga kelas 1 atau kelas 3 di hospital kerajaan.
Dua anak MY lahir secara normal kelas 3 hospital kerajaan,
Anak nombor 3 pula, lahir di kelas pertama hospital kerajaan
Ketiga tiga kali kelahiran pun mempunyai kadar sakit yang sama sahaja...
Ayat lepas bersalin pun sama je..
"Lepas ni taknak dah".
hahaha

Labour room pun labour room yang sama...
Takde beza pun sakit contraction tu...
Kena jahit pun sama aje sakitnya....
Yang berbeza cuma wardnya sahaja...
Kelas pertama lebih privacy dan makanan lebih sedap,
Bila layanan berbeza,
Emosi kita yang akan mempengaruhi kadar penyembuhan tu sendiri

Masa bersalin mirzan tahun 2017,
Kawan kawan suami terkejut bila tahu MY bersalin di Hospital kerajaan..
Apasal tak hantar swasta?
Kedekutnya,,,Swasta bersalin operate baru 10 ribu...
Takkan kontraktor tak mampu...
Sebenarnya... Mama Yan sendiri yang minta pergi Hospital Sultanah Aminah,
Dah rekod kesihatan kita semua kat situ...
kan lebih mudah...
Lagipun,
MY naik ambulan ke HSA sebab darah tinggi..
Urin pun dah protein masuk...
dengan GDM lagi...
baby tak cukup bulan lagi...
Tak berani kot nak pergi hospital swasta..

Sebab MY tak pernah bersalin di hospital swasta,
mungkin juga lah ubat hospital swasta lebih bagus dari ubat hospital kerajaan apabila melihatkan bilnya...
Tapi..
Bila dilihat kepada logiknya...
Hospital kerajaan bilnya ditanggung oleh kerajaan.
dan hospital kerajaan bukan berasaskan kepada mencari keuntungan.
Sedangkan...
Hospital swasta, melalui bil rawatanlah pembelian ubat ubatan dan gaji tenaga kerja dilunaskan.

adehh... apasal lak pening pening nak fikir benda macam ni...
Mama Yan dah taknak mengandung dan beranak lagi dah..
Anak dah ramai,
Mama Yan pun dah berusia dan berpenyakit.





 

9 comments:

  1. mana2 pun sakit. ikut kemampuan dan ketahanan kita. Bezanya bila layanan baik kita pun rasa selesa tak ingat sangat sakit. saya 4 orang anak di private, jadi tak tau bezanya...hanya dengar pengalaman kawan2

    ReplyDelete
  2. yang pastinya, swasta atau gomen, dua2 spital sy takut, hihhi

    ReplyDelete
  3. sama ja sakit kan, kita yg luck ke tak dpt org yg baik utk layan kita

    ReplyDelete
  4. sama je sakitnya cuma layanan lah tip top sebab berbayar mahal.

    ReplyDelete
  5. Yolah udah bayar ribu-ribu riban kan... kene lah layanan tiptop, cuma 1 je spital swasta pun kalau pesakit tu ada komplikasi apa-apa yg serius dan mereka tak boleh urus, depa akan hantar ke spital gomen jugak tau... sebab teringat masa nak beranak kan aiyan kt spital gomen, banyak kes gitu, baby songsang, baby dah leaking air ketuban lah mana yg swasta tak boleh handle hantar ke spital gomen sebab takmo amik risiko....

    itu mungkin depa tak tau lah... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini komen paling Sha setuju.. Bila ada masalah je pasti swasta akan tolak ke hospital kerajaan.. Selalu jadi perkara nie.. Kan Dana..

      Delete
  6. Atas nasib. Dapat yang layan dengan baik, alhamdulillah. Dapat yang layan kureng baik, bersabarlah huhuhu. Hospital swasta bayar mahal, memang kena layanan tiptop lerr, kalau takkk, jatuh rating hospital nanti hehehe.

    ReplyDelete
  7. Ikut kemampuan dan pilihan masing-masing. Pada saya, hospital kerajaan lebih banyak kemudahan dan ramai pakar yang lebih berpengalaman. Dua-dua ada kelebihan :)

    ReplyDelete
  8. Bersalin kat mana pun terpulanglah.. Ikut kemampuan masing-masing kan mama yan.. Pada Sha kalau kita dengar cakap nurse dan doktor, InsyaAllah semuanya mudah sahaja.. Baik cepat atau lambat, semuanya terpulang pada kekuatan kita.. Kalau kita kuat semangat, cepatlah baiknya..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad