Hari raya kan... jadi entry pun berkisah tentang raya aje lah.... maklumlah kali pertama raya di perantauan.
Macam macam rupa dan bentuk ada.
Mama Yan tak terror sangat buat ketupat ni,
Tiap kali siap,
Lain lain rupa yang jadi...
Bila dah dapat tune,
Barulah dapat bentuk yang sama..
Daripada 100 helai daun yang dibeli,
Dapatlah 90 biji ketupat.
10 helai lagi reject sebab koyak masa raut dan 4 helai darinya jadi keris
Ada beberapa biji yang pecah dalam periuk sebab overload.
Jadi buburla dalam periuk tu..
Banyak sangat isi berasnya...
Semua pakat pakat jadi incredible hulk.
Dalamnya pun macam tak berapa jadi...
Kalau yang jadi elok pun,
Dia punya keras...
Baling dinding mantul, dinding yang retak agaknya
Begitulah raya tanpa ada mak ayah di sisi..
Rosakkk...
Walaupun keras...
Walaupun tak jadi...
Walaupun tak sempurna...
Kami telan juga...
Itulah rezeki raya kami...
Dapat bersama di pagi raya lengkap bersama suami dan anak anak dah cukup bagus.
Ramai pasangan yang tak dapat bermaafan bersama di pagi raya kerana tuntutan tugas dan pengorbanan demi agama dan negara...
Haah kena makan juga. Mungkin makan dengan yang berkuah supaya lembut.
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteAlhamdulillah..walau apa jadinya, kenangan raya PKP. saya pulak teringin tapi tak dapat pulak ketupat daun tahun ni.
ReplyDeleteSelamat hari raya kakyan. Maaf jika ada salah dan silap.
Memori indah ni Yan...
ReplyDeleteRajin buat ketupat asli gini pun dah sangat terbaik 👍
Selamat Hari Raya Yan.
Ketupat daun ni sedap. Kama tak anyam daun kelapa. Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.
ReplyDeletewaaaa.. tak ramai pandai buat ketupat mcm ni dah skrg ni
ReplyDeleteHehehee... kenangan betul buat ketupat raya!
ReplyDeletehelok kejadiannya.. saya surrender dulu la buat ketupat ni..
ReplyDeletex jadi2 berapa kali belajar pun x menjadi..
Sha memang surrender awal kalau anyam dan masak sendiri ketupat macam ini.. Memang tak jadi.. hehehe..
ReplyDelete