Balik je dari pasar...
Suami MY cakap dah lama tak makan urap..
Kelapa ada tu...
Sayur pun ada sikit sikit ni...
Boleh la buat nanti...
Okay...
Tapi jangan marah la kalau tak sedap...
Bukan resipi tradisi family MY kat Pahang...
Takat ada rupa tu boleh la buat,
Tapi rasa belum tentu la...
Resepi URAP SAYUR MUDAH
Bahan-Bahan Bumbu:
2 biji bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
2 ulas kencur/cekur - kisar
sejemput ikan bilis (lagi sedap kalau guna udang kering) - kisar
2 tangkai lada merah (besar) - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
1 sudu asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
Garam, gula, penambah perisa jika suka
Setengah biji kelapa parut
minyak untuk menumis
Bahan Bahan sayur:
Daun selom
Pucuk ubi
Ulam pegaga
kacang panjang
salad
Kacang botol
(boleh tambah taugeh, tauhu, tempe, kangkung jika ada)
Mama yan kisar pakai chopper je sebab taknak dia halus mulus sangat
No. 1 daun selom - basuh, tos dan potong ukuran seinci.
No. 2 pucuk ubi - celur, ramas buang air dan potong potong
3. Daun pegaga - basuh, toskan, potong tangkai jangan panjang sangat
4. Salad - basuh, toskan dan potong potong seinci
No 5 kacang botol - basuh, tos dan potong nipis nipis
No. 6 - kacang panjang - basuh, patah patahkan dalam 2 ruas jari, celur dan toskan.
semua sayur yang dibasuh atau dicelur kena toskan airnya. Nanti airnya tak kering, tapi sayur dah lecur.
Cara-cara membuatnya:
1. Kisar cili, bawang, bawang putih, ikan bilis, dan cekur.
2. Tumis bahan bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak. Tumis sehingga naik bau dan tumisan masak.
3. Masukkan kelapa parut, air asam jawa, gaul sebati di dalam kuali.
4. masa ni boleh masukkan garam dan gulanya. Kalau suka boleh taruk pak aji sekali.
5.Gaul gaul gaul atas kuali dengan api sederhana sehingga kelapa masak dan sedikit kering seperti serondeng.
6. masukkan sayur sayuran. MY mulakan dengan pucuk ubi terlebih dahulu, lepas tu kacang panjang. dah sebati dengan serondeng tu dengan pucuk ubi, barulah sayur sayuran mentah tu pula dimasukkan.
7. masa ni MY terus matikan api.
8. Gaul-gaulkan dengan kepanasan serondeng dan kuali sahaja sebab taknak daun daun tu terlampau lecur.
9. sedia untuk dihidangkan
Sengaja pakai kuali saiz paling besar kat rumah tu. senang nak godak kelapa.
Kalau kuali kecik nanti kelapanya bersepah luar kuali.
Beralaskan saprah Portmeirion hadiah dari Kak NN masa Mama Yan beli pinggan Portmeirion kat dia hari tu.
Alhamdulillah... suami MY kata sedap.
Aishh..berani dia kata tak sedap...
Ingat senang ke orang Pahang nak buat masakan tradisi keluarga JAWA JOHOR ni?.
habis segala blog dengan youtube Mama Yan belek nak buat urap untuk dia ni tauuu..
tapi..
macam biasa anak anak tak makan pun...
Cuba pun taknak..
takpelah... MY kecik kecik dulu macam tu juga.. dah kahwin baru kenal sayur...
hihihi
Congrats!. Menjadi sgt tu nampaknya Yan. (Approved by Persatuan Jerman Johor.. hihi).
ReplyDeletePandai dah sebut urap ye.. bukan kerabu. Haha. Very good!.
sy suka urap, tapi tak pernah lagi buat sendiri, sbb sy sorg yg makan. buat kecah dapur jer, hihi
ReplyDeleteSedapnya! Saya suka urap penggaga..makan ratah tu dah sedap dah :)
ReplyDeletetak pernah tau pun tentang urap ni.. baru first time baca
ReplyDeleteKerabu sebenarnya...hehe
DeleteSekali imbas macam kerabu tapi bukan heheheh.
ReplyDeleteTak pernah makan lagi urapp ni, first time dengar.
Kerabu sebenarnya. Kat johor je panggil urap.
DeleteBest nampaknya tu.
ReplyDeleteArwah m.i.l dulu suka buat urap nih! itulah bila dia ajar Mrs. A tak dengar bebetul sekarang baru tahu erti penyesalan huhuhuhu...
Sedapnya! Makanan sihat dan berkhasiat! Awet muda ni kalau selalu makan begini hihihii.
ReplyDeleteBelah sini pun panggil kerabu..tak tau pun ada nama lain hehe..tgk resepi pun tahu buat kerabu ni hehee :)
ReplyDeletetq share resepinya kak yan :)
Pergh!! Mengancam betul urap sayur mama yan tu.. Meh semangkuk.. hehehe
ReplyDeleteBerjaya jugak masaknya hehehe.. lps ni boleh masak lg
ReplyDeleteoh... rupanya urap sayur namanya... selalu tgk kt kedai2... tp xpernah msk... t.kasih share resepi
ReplyDeletepertama kali dengar urap sayur. Kira macam kerabu sayur eh MY? Nampak sedap tu! Berkhasiat lagi banyak kandungan sayur!
ReplyDelete