Rasanya resepi popia kentang ni dah pernah MY tulis dalam blog ni...
Tapi hari ni share lagi benda yang sama..
Nak buat macam mana kan...
Dah anaknya suka benda yang sama aje...
Buat benda yang pelik pelik bukannya diorang nak makan pun...
Intinya macam buat inti karipap je...
Taruk bawang, bawang putih, serbuk kari, daun kari...
Masak sampai kentang empuk
Kali ni MY taruk sosej dan jejari ketam sekali.
Sebab takut entry jadi pendek sangat, letak la gambar banyak banyak...
Mula mula... letakkan inti di bahagian hujung kulit popia.
Lepas tu gulung sikit... dan penyet penyetkan sikit la... bagi dia leper sikit
Lepas tu lipat kiri kanan..
Kemudian...
Gulung sampai hujung...
Hujung sekali.. sapukan sedikit bancuhan tepung + air. Sikit je buat gam.
Okay...ni rupa sebelum goreng...
Boleh la nak terus goreng atau nak frozenkan.
Tarraaaa....
Dah siap goreng.
Yang ni MY celup dengan tepung goreng bistari dan golekkan pula dengan serbuk roti.
Fuhh... anak anak Mama Yan suka karipap sebenarnya... tapi...
Mama dia sejenis bangsa tak rajin menguli tepung karipap..
Itulah sebab kejadian popia inti macam karipap ni...
Takde hal lah... janji anak anak yang super memilih ni makan...
Tiap kali hidangkan mesti habis licin...
Alhamdulillah...
Selesai satu entry...
Rajinnya buat popia. Nk membalut tu yg malas. Hehehe
ReplyDeletenanti cuba tukar serbuk kari dengan sardin kentang lak MY, kalau dana buat menu tuh memang laju jelah diaorang makan...
ReplyDeletepopia ni inti apa je kalau budak dah suka, laju jelah dia makan
Boleh buat untuk anak2 yang kejap-kejap masuk dapur time PDPR ini :)
ReplyDeleteBuat benda sama pun takpe kak yan, janji anak anak makann kann. Kalau buat makanan yang tak pernah diorang makan, takut bazir pulakkk bila diorang taknak makan hehehe
ReplyDeleteTak apalah buat benda yang sama berulangkali, jadi taklah membazir kalau anak-anak tak makan.
ReplyDeletesetuju, mamaYan.
ReplyDeletekang kita buat yg pelik, tak dimakannya.
contohnya, last few days, aida buat sup labu.
ada ke patut, aida sorang je perabihkan seperiuk hu hu hu...
sedih!!!
Sedap kakyan buat macam ni. saya pun sejenis bangsa tak rajin nak uli tepung. nak buat karipap pun tak pandai. bolehlah buat cara macam ni. crispy dan ada inti kentang sedap.
ReplyDeleteSedap ini mama yan.. Buat minum petang atau sarapan pun best..
ReplyDelete