Kakak MY kirimkan roti tanpa tepung Rainbow Sprouted kat MY..
Kedai tempat dia kerja ada jual,
so, dia kirimla roti ni untuk adinda dia yang kencing manis dan darah tinggi ni cuba,
Alhamdulillah, terima kasih Angah..
Satu satunya kakak MY...
sejak kecik kecik dulu hingga sekarang..
masih macam dulu...
ceria & pemurah
Mak Mama Yan kat kampung suka roti ni...
MY pula tak boleh masuk sangat..
Rasa kesat sungguh untuk ditelan.
Kena ada bahan untuk bantu repair rasa dia..
Biasa la kan...
tekak dah biasa makan roti gardenia yang lembut gebu tu...
Tiba tiba nak cuba makan roti kesat, kasar, tak gebu, masam sikit...
Memang kepayahan betul untuk menelan.
Dalam roti ni mengandungi Sprouted wheat (gandum tercambah), Flax seeds ( Rami), Sunflower seeds (biji bunga matahari), yis, minyak sayur, gula perang dan garam. Katanya, gandum yang dah tercambah ni, lebih berkhasiat dari gandum biasa.
Tambahan pula, roti ni tak mengandungi tepung gandum putih yang telah dilunturkan warna dan tidak mengandungi bahan tambah pelembut doh roti.
Mula mula MY cuba nak makan begitu saja...
Oh no! surrender habis..
So Mama Yan sapu la marjerin Naturel yang kurang garam tu...
MY suka pakai marjerin ni...lembut aje...sedap lak tu...
Alhamdulillah..berjaya habis 3 keping untuk makan malam...
Nak kata sedap tu...tetaplah begitu rasanya..
cuma bila nak telan tu,
Takdelah rasa macam terlekat di kerongkong lagi,
Benda benda kesihatan ni,,
Jarang benarlah rasanya sedap....hahaha
hari keesokkannya...
MY celup telur,
dan goreng atas pan...
minyak sapu sapu je...
Ok..yang macam ni memang sodap..
Boleh la pergi 3 keping...
Hahaha...
So... nak makan begitu saja memang tak mungkin...
Tapi, kalau goreng celup telur...sedap dari roti putih biasa,
Rasa padat...
Tapi kat tempat tinggal MY ni memang confirmlah takde jual.
Gardenia purple pun takde...
Apalagi roti jenama pelik pelik macam dan harga 2.5 kali ganda roti biasa...
memang tak jumpalah ye..
Tapi takpe..
kalu berkenan nak cuba..
Boleh je beli secara atas talian...
Boleh cari Facebook page Rainbow Sprouted..
Untuk MY... cukuplah untuk kali ni sahaja percubaannya...
Tak rajin nak makan makanan sihat ...hahaha
pernah makan roti ni, tapi tak kena dgn selera :(
ReplyDeleteAah...dgn kak yan pun kenot go lah
Deleteroti 'sihat' eh ni? pestime nampak...
ReplyDeleteroti utk kesihatan elok jadi diet
ReplyDeletefirst time dengar nama roti ni.
ReplyDeleteklu utk kesihatan baguslah.
jom tukar link blog. tq
Unik nama roti ni roti tercambah 3 benih . Xpernah lagi nampak jual kat kedai atau pasaraya berdekatan rumah CCL ni . Tapi ada khasiat-khasiat tertentu ni
ReplyDeletehahah betol an..bende sihat mmg payah nak telan
ReplyDeleteDina suka roti whole grain macam ini. Dina selalu jadikan sandwich. Tapi itu lah, tak semua orang boleh telan kan? Benda sihat selalunya memang tak sedap. hehe
ReplyDeletePernah gak makan roti ni..okey la...utk tekak SA....
ReplyDeleteSekarang mudah kan mama yan.. boleh beli online je..
ReplyDeleteSini pun tak pernah nampak roti nie..
Tak pernah jumpa pulak roti ni. Saya suka gak roti jenis berkhasiat ni cuma susah nak jumpa. Buat sandwich sedap.
ReplyDelete