Masa mula mula kahwin,
Jarang sekali dapat makan sambal udang ke...sotong ke... kerang ke...
Selain sebab takde duit nak beli...
Suami Mama Yan juga berdepan masalah alahan makanan laut...
Menikmati makanan laut membuatkan kulit suami MY timbul gatal gatal, kerap bersin, timbul kudis yang bernanah...
Jadi kalau teringin makan udang atau sotong,
Makan aje lah kat kedai...
Tapi harga kat kedai maklum sajalah...
Mahal sungguh...
sekarang alhamdulillah...
suami macam dah sihat dari masalah alahan makanan laut ni...
Tapi bukan sedikitlah belanjanya...
Rasanya.. beribu juga habis ke klinik pakar di Taman Pelangi, JB tu.
MY suka udang minyak atau udang kertas je kalau buat sambal ni...
Udang besar besar sikit macam udang harimau
Goreng butter sedap kot...hahaha
MY tak leh terror benar memasak,
Selalunya, kalau MY share resepi kat blog ni, untuk rujukan sendiri pada masa akan datang aje.
Yelah kan..
Kita bukannya food blogger tersohor orang nak datang sini cari resepi...
Bahan-bahan Sambal udang MY:
1 pinggan udang minyak - buang kepala dan kulit
1 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
setengah inci halia -kisar
1 helai daun limau purut - takde takpe
1 keping asam gelugur atau boleh guna asam jawa
Garam & gula
Cara cara membuat sambal udang:
1. Buang biji cili kering dan rendam dalam air panas. Cara mudah buang biji cili kering, masukkan dalam chopper, pusing sekejap. Bila biji dia dah berterabur kat dasar chopper, ambil cilinya sahaja dan rendam dalam air panas seketika
2. Kisar semua bahan bahan yang perlu dikisar iaitu bawang, bawang putih, halia dan cili kering bersama.
3 Panaskan minyak secukupnya. Minyak kena banyak untuk buat sambal tumis ni. Kalau tak bahan kisar susah nak masak.
4. Masukkan bahan kisar apabila minyak dah panas. Masak sehingga naik baunya dan pecah minyak. Macam mana pecah minyak tu? Entahla...selalu dalam blog masakan sebut sampai pecah minyak, so MY ikutlah tumis sampai pecah minyak juga. hahaha... Tapi sambal tumis ni... MY akan tumis dan masak sampai minyaknya nampak timbul bergenang di permukaan tumisan.
5. Masukkan udang, asam keping, garam, gula dan bahan perisa jika suka.
6. Kacau kacau sampai udang sebati dan masak. Jangan masak lama lama, udang kalau overcooked keras dan tak sedap. Sebaik masak je tutup terus api. Udang tak ambil masa yang lama untuk masak. Bila dia dah bergulung, kepala dan ekor dan bertemu, kira dah masak la tu.
7. Boleh angkat dan hidangkan dalam mangku lauk kegemaran anda dan ambil gambar untuk dimasukkan dalam media sosial
Kalau nak taruk petai pun ngam jugak ni... Tapi MY tak minat sangat petai. Kalau ada atas meja, makanlah. Cuma memang tak beli la...
Okaylah...sebab ni gambar lama... esok rasanya macam kena beli udang untuk repeat.
Sekian, wassalam
sedapnya sambal udang.
ReplyDeletehttp://www.kembaraminda7.com/
Terbayang sedapnya kalau sambal udang MY ni dimakan bersama nasi lemak
ReplyDeleteUdang memang sudah sedia sedap. Masak apa pun tetap sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah, berbaloi melabur beribu ringgit, akhirnya sembuh alahannya.
kalau menu udang ni fav anak...tp tula udang mahal kan
ReplyDeletememang fav lah sambal udang ni. Kalau letak petai tu dia punya selera mencanak haha
ReplyDeletesedap sambal udang ni, memang favourite! Kesian, rugi kalau alergik kan :)
ReplyDeleteTerliur tengok. Tapi saya tak boleh makan udang.
ReplyDeleteFavorite betul sambal udang ni!
ReplyDeleteAlhamdulillah suami kakyan dah sembuh, memang betul, memang memakan ribuan ringgit, tapi takpe, demi kesihatan kan.
susahhh kalau org tu ada alahan seafood.. uhuhu like me
ReplyDeletemasya Allah...boleh sembuh ek alergi kalo berubat? baru saya tahu kak..saya ada alahan seafood juga tapi bila da besar panjang ni dia macam da berkurang dengan sendirinya...tapi kalo termakan yang tak fresh nanti dia keluar jugak...cumanya jarang-jarang dah berlaku..
ReplyDeletemasih ada lagi sikit sikit... tapi tak teruklah..setakat bersin2 tu takpe... jangan naik kudis2 tu je
DeleteSedapnya sambal udang.. Dah lama tak buat sambal udang.. Alhamdulillah dah sembuh ye elerginya.. Tak tahu pula boleh ubat rupanya elergi ini.. TQ share mama yan..
ReplyDeleteTak sembuh sepenuhnya... masih gatal2 kalau makan sotong kering, udang kering, belacan... tp untuk seafood yang fresh, dahh boleh terima.
DeleteFavourite sambal udang ni. Letak petai sedap. tak letak petai pun sedap. Kena elakkan makan kalau allergik. bab allergik tu memang tak tahan kalau gatal gatal.
ReplyDelete