Cara Masak Bubur kacang hijau guna Noxxa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, July 6, 2021

Cara Masak Bubur kacang hijau guna Noxxa

Beberapa minggu yang lalu,
MY dok gegar suami minta dia belikan kacang hijau...
MY teringin nak makan bubur kacang hijau... dari bulan 5 asyik ulang "Tolong belikan kacang hijau...tolong belikan kacang hijau"
Lepas dah dibelikan kacang hijau...
Kacang tu tersimpan dalam kabinet...
MY tak buat buat pun buburnya...
Suami MY pula gegar...
"Bilalah kacang hijau tu nak bertukar menjadi bubur agaknya?"
Pehhh.... sakitnya la hati mendengarnya...

Beberapa hari yang lepas...
Dengan penuh kerajinan MY mencemar duli masuk ke dapur buat bubur kacang hijau...
MY guna periuk Noxxa je... 
Cepat sikit kacangnya kembang...

Resepi bubur kacang hijau 

Bahan bahannya:

450 gram kacang hijau
1 biji ubi keledek oren
3/ 4 keping gula kabung
3 senduk kecil gula putih
Santan dari satu biji kelapa
Sehelai daun pandan disimpul
Sesudu garam

Cara MY buat bubur kacang.

1. Mula mula,
MY bersihkan kacang hijau. Basuh dan bilas kacang hijau macam kita nak masak nasi tu.
2. Masukkan kacang hijau dan air ke dalam periuk Noxxa. Lebihkan air dalam 1 ruas jari sahaja daripada permukaan kacang.
3. Setkan ' high pressure' selama 15 minit
4. Sementara tu, boleh la kita parut kelapa dan perah santan. Kalau nak guna santan kotak pun boleh juga. Lagi senang dan cepat. Rasa pun sedap juga.
5. Selepas periuk Noxxa berbunyi tiittt tiittt.... sendukkan kacang hijau ke dalam bekas lain. 
6. Masukkan pula keledek oren yang telah dipotong kecil dan air ke dalam periuk Noxxa. Setkan 'low pressure' selama 3 minit sahaja. Jangan lama sangat, hancur pulak keledeknya nanti.
7. Angkat keledek keluar dari peiuk Noxxa bila tempoh 3 minit sudah berakhir.
8. Dalam periuk lain, menggunakan api gas, masakkan santan, daun pandan, garam, gula kabung dan gula putih atas api sederhana. Sebelum santan mendidih, sentiasa kacau santan dalam periuk supaya santan tidak berketul ketul.
9. Selepas santan mendidih, masukkan kacang hijau dan ubi keledek. 
10. Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.
11. Sebelum makan, jangan lupa ambil gambar dulu....

Alhamdulillah...
Berjaya juga Mama Yan masak bubur kacang hijau.
Dah lebih setahun tak makan bubur kacang rasanya. 
Teringat pula masa arwah kakak ipar MY yang kat JB ni masih ada...
Lepas dia siap buat kimoterapi,
MY selalu buatkan dia bubur kacang hijau ni kat dia..
Katanya, kacang hijau ni boleh mengurangkan kesan sampingan kemo. MY tak tau iye ke tidak. Tapi dah arwah selera makan bubur kacang je...buatkan aje la...

Sebenarnya...
Boleh terus letak santan dan gula dalam periuk Noxxa tu...
Setkan 'stir fry'...
Tapi hari tu MY nak guna periuk cap Buaya yang baru beli tu...
Jadinya... sebab tu la tak masak terus buburnya dalam Noxxa...
Gunakan Noxxa untuk lembutkan kacang hijau dan keledek aje...

Oh ya... ubi keledek ni option aje... 
Boleh letak atau kalau taknak letak pun boleh je...
MY letak sebab keledek tu nak kasi warna dia ada oren oren sikit... barulah ceria.... hahaha... 


Resepi bubur kacang hijau Noxxa

 

14 comments:

  1. suka semua foods yg ada keledek, yum yum!

    ReplyDelete
  2. Kita pun dah lama giler tak makan bubur kacang hijau ni

    ReplyDelete
  3. lama tk mkn bubur kacang ijo..suka buat aiskrim

    ReplyDelete
  4. sedapnya bubur kacang hijau ni. letak keledek mesti lemak manis kan

    ReplyDelete
  5. lama tak makan bubur ni. sedap tu.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi cheq makan bubur kacang hijau yang ada keledek, boleh la cheq try buat nanti 🤓👍🏻

    ReplyDelete
  7. Sedappppp kita tengokk! Dah lama tak makannn.

    ReplyDelete
  8. hihi..balas membalas gegar nampaknya tu. Syukur berhasil juga beli kacang hijau jadi buburnya. Senang bila ada pressure cooker. Cepat sikit proses masaknya pun.

    ReplyDelete
  9. Makan waktu panas-panas memang best bubur kacang macam ni.

    ReplyDelete
  10. Keledek oren ni manis kan klu dibakar... Bubur kacang hijo lama x makan sbb kurang minat tp klu kacamg merah ha laju je makan hehhe

    ReplyDelete
  11. Lamanya akak x makan bubur kacang hijau...tapi tu la..akak ni sejak dah umur ni makan apa pun kena try and error...kalau tak mesti berangin

    ReplyDelete
  12. wah.. menarik juga idea mama yan nie.. selalu campur dengan durian.. bolehlah cuba campur keledek manis pula lepas nie..

    ReplyDelete
  13. Makan panas-panas sangat sedap . CCL selalu makan dgn roti gardenia, carik carikkan roti gardenia masuk dlm bubur

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad