Semalam, lepas berlari keliling rumah petang petang,
Mama Yan rasa jari jari semua menggigil dan rasa sejuk walaupun sakan berpeluh.
Terus masuk rumah ambil aiskrim dalam peti ais..
Dan terus cek gula.
Mama Yan lari keliling rumah aje.
Tak keluar pagar pun...
Malas... takut habis retak pulak jalan orang ada anak gajah ni berlari...
Semalam dapat la 2.65 kilometer...
Lari sikit...jalan sikit...duduk sikit....
Inilah hasil bacaan gula petang semalam.
4.3 je...
Tak pernah MY ada bacaan macam ni sebelum ni...
Patut la lain macam rasa gigilnya...
Terus MY ngap sekejap aiskrim yang MY songlap dari dapur...
Takut kadar gula akan terus menurun kalau dibiarkan lama lama...
Lepas makan... duduk kejap keringkan peluh...
Lepas tu mandi...
Dah malam malam sikit baru la MY baca kat website KKM pasal hipoglisemia...
Oohh...bahaya kesan hipoglisemia ni kalau dibiarkan...
Boleh sawan, tidak sedarkan diri dan seterusnya mengakibatkan kerosakan otak.
MY pun tak tahu macam mana boleh jadi penurunan pada gula dalam darah MY..
Walaupun 4.3 tu masih di paras normal sebenarnya,
Tapi itu pun dah cukup buat Mama Yan menggigil dan sejuk.
Jantung berdebar dan berpeluh tu tak perasan sangat sebab semalam tengah bersenam.
Tapi kalau ikutkan pembacaan,
Sebelum bersenam kena ambil sedikit snek dulu sepatutnya...
Tapi MY pula,
Kalau makan sebelum bersenam..
Rasa nak muntah pula makanan tu bergoncang goncang dalam perut..hahaha.
Inilah aiskrim yang MY bedal semalam,
Sedap...
Tak manis sangat...
Ada lemak lemak santan...
Ada rasa cebisan kelapa muda juga...
baik2 yan... hati2 bila bersenam... cari kawan sebagai peneman, walau hanya lari kelilingn rumah je pun ...:)
ReplyDeleteMujur tak ada apa yg membimbangkan, eh.. nak kena beli la alat check gula tu rasanya
ReplyDeleteMemang rendah bacaan gula tu. Memang bacaan akan turun banyak kalau kalori banyak yang terbakar. Take care MY.
ReplyDeleteRendah gula pun bahaya juga kan. Betul itu makan snek bar
ReplyDeletetenaga sebelum lari. Itu tidak berat sangat.
Allahuakbar. Bersyukur tidak berlarutan. PC selalu standby coklat kat rumah. Tak pun gula-gula. Kadang buat aktiviti rasanya macam sikit dan sekejap je pun tapi badan rasa lain macam.
ReplyDeletebahaya juga tu. take care kak yan :)
ReplyDeleteBahaya kurang gula. Memanag gigil. Kalau mak mentua ni dia siap sedia air coke atau air cincau.
ReplyDeleteBahaya kak yan kalau kurang gula, terlebih gula pun bahaya. Kena seimbang. Samalah kita kak yan, kalau makan before senam, rasa nak muntahhhh
ReplyDeleteAiskrim potong ni memang best. Kalau pergi kedai, mesti cari aiskrim ni dulu.
ReplyDeletetake care sis.
ReplyDeletebahayanya mama yan..mujur cepat amik aiskrim klo tak..aduii
ReplyDeleteAduh.. mujurlah MY cepat makan aiskrim..
ReplyDeleteSedap pula nengok aiskrim MY tu.. hehehe