Sawi masak lemak putih - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, July 11, 2021

Sawi masak lemak putih

 MY panggil ni lauk sawi masak lemak putih... tapi family suami panggil sawi masak bobor...
Anak anak suka lauk kuah ni...
Tapi sayurnya tak dimakan pun...
Ambil kuah je...
Suami Mama Yan memang suka kalau sayur masak macam ni...
Sawi putih, sawi bunga, kobis, kacang panjang, tempe dan tahu, labu, pun sesuai dibuat masak lemak macam ni...
Lawankan pula dengan sambal dan ikan goreng..
Tak payah udang, sotong, ketam bagai..
Ikan selar kuning pun dah ngam dahh...




RESEPI SAWI MASAK LEMAK PUTIH


Bahan-bahan:

1 ikat sawi putih (biasa dala 3 ke 4 pokok gitu)
sejemput ikan bilis - kisar
1 biji bawang sederhana besar - kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 batang lobak merah - hiris nipis jika suka
1 kotak kecil santan
2 cawan air
2 sudu minyak masak
Garam

Cara memasaknya:

1. Leraikan sawi dari pokoknya sehelai sehelai dan masuk dalam besen. Masukkan air dan garam dalam besen tu. Biarkan beberapa minit ambil kupas kulit bawang.

2. Bilas daun sawi sehelai sehelai di bawah cucuran air paip, toskan dalam penapis. Potong daun sawi satu inci satu inci. Asing antara daun dan batang. 

3. Kisar bawang, bawang putih dan ikan bilis bersama. Takyah hancur sangat, kalau rajin boleh guna lesung batu je.

4. Tumis bahan kisar dengan sedikit sahaja minyak, kalau kering sangat boleh tambahkan sedikit sahaja air. Sedikit tau. Untuk mudahkan bahan tumis tu masak.

5. Kemudian masukkan air bersama carrot dan batang sawi supaya lembut.

6. Bila carrot dan batang sawi dah lebut, masukkan santan dan garam. Sentiasa timba santan supaya santan tidak pecah. Timba tu macam kacau la...tapi ceduk sikit, dan curah semula. Lupa pulak nak ambil gambarnya.

7. Bila santan dah mendidik, masukkan daun sawi. Masak daun sawi sekejap je. Agak agak daun sawi dah layu, matikan api. 

8. Rasa kuah...Kalau masin sangat tambah air panas. kalau tak rasa garam, tambah je garamnya sementara tengah panas ni. Make sure pakai garam halus ya... karang ada yang krak kruk rasa garam pulak. 

9. Ceduk lauk masuk dalam mangkuk. Lepas tu hidang atas meja. Ambil gambar. 
 
Ni cara MY masak... lain orang lain cara. Betul tak? kalau ada sikit sikit ajaran sesat tu...harap dihalalkan ajelah kan..
Alaa...berapa kerat sangat la yang datang blog Mama Yan cari resepi kan...
So kalau bagi ajaran sesat pun,
Sudahnya Mama Yan sorang aje yang sesat...muahahaha...

8 comments:

  1. Dapat sambal belacan dgn ikan kering pun dah ngam sangat MY

    ReplyDelete
  2. Sedap masak lemak putih ni. Biasa kobis, tauhu dan tempe. Sawi masak bobor tu tak pernah dengar pulak. Sedap tu lawan dengan ikan goreng dan sambal.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tahu menu ni wujud. Boleh cuba buat nanti ni. 👍

    ReplyDelete
  4. sedap.. kalau ada sambal belacan dan ikan goreng.. bertambah nasi dibuatnya

    ReplyDelete
  5. Sedap juga. Rasa macam dah lama tak makan masak ni.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. Dulu Sha ingatkan sayur tertentu je boleh buat masak lemak putih.. hehehe.. Bila dah rajin menggodek blog, banyak rupanya sayur lain yang boleh dibuat masak lemak putih.. Macam sawi ini.. sedap betul bila buat masak lemak putih..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad