Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 16 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, July 1, 2021

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 16

Dah malam baru teringat...

Lupa nak buat pos wedding anniversary... Sebab siang masa tengah ajar Aril siapkan homework Matematik dia... Sakit kepala sangat sangat... Sampai tak boleh nak tegak dah tengkuk dan kepala.... Tu yang terus telan paracetamol dan baring. Sempat la check tekanan darah sebelum makan ubat... 


Ha engkauuu...tinggi kemain tekanan darah... selalu tak macam ni... Beberapa hari ni memang penat dan tertekan betul mengajar anak anak kat rumah ni. Situasi dan persekitaran rumah tak sama macam kat sekolah. Manalah anak anak tu boleh belajar elok macam kat sekolah. Lainlah kalau diorang tak pernah pergi sekolah, lahir lahir terus homeschool, setting diorang lain. 

Ni dari umur 5 tahun pergi sekolah, tiba tiba kena belajar dari rumah. Belajar pun main main. Kejap nak minum, kejap nak makan, kejap nak berak, kejap nak kencing, kejap adik nangis, adik nak henpon, adik conteng buku, bergaduh berebut pensel, pen, pemadam, pembaris, singgah tengok TV, rasa nak makan aiskrim, posmen datang berebut nak pergi ambil, berebut nak tolong buka parcel...haishh...banyak lagilah gangguan belajar dari rumah ni.

Mengeluh pun takde orang dengar... angkat bendera putih pun ada yang kecam juga... 
semoga bangun pagi esok tekanan darah dah rendah dan sihat...


Sempena ulangtahun perkahwinan MY ni... Kita repeat ajelah gambar ni... Ini ajelah bukti MY pernah kurus satu masa dahulu. Ni gambar masa baru baru kawin, berlatar belakangkan kereta Kancil milik mak mentua yang kami pinjam untuk gunakan. 


Tapi tak lama la kami pinjam...dalam setengah tahun kahwin, kami beli kereta Wira, second hand. Itulah harta pertama kami, sayang betul kat kereta tu masa tu... Gambar ni la bukti betapa sayangnya kami kat Wira tu. Siap ambil gambar, simpan dalam album. Dah la dulu zaman pakai filem kodak tu...


Ni jelah gambar terbaru yang ada... ye..16 tahun berlalu dan masa menuakan kami... Berubah betul rupa, wajah dan bentuk badan..hahaha... Tak kisahla kan... asalkan, bukan hati yang berubah.

Bab hadiah... jangan tanya... sebab saya dah plan nak beli Amway food processor sebagai hadiah anniversary dan suami kata okay... belilah. Cuma...sebagai seorang isteri lelaki Jawa... janganlah dikau harapkan jambangan bunga mahupun coklat di hari keraian kerana lelaki Jawa tak romantik forever.

Oh ya,...Semalam, 30 Jun, hari lahir abah MY merangkap ulangtahun perkahwinan mak dan abah Mama Yan yang ke 44. So kakak Mama Yan kirimkan mak abah di kampung jambangan bunga duit dan pizza. Selamat ulang tahun Perkahwinan dan selamat hari lahir abah mak.... semoga mak & abah sihat selalu dan bahagia hingga ke syurga....



16 comments:

  1. Wahhhh dah 16 tahun dah berkahwin tu. Bukan senang kan...banyak pahit manis yang kita tempuh tu. Selamat ulangtahun ye....moga kekal bahagia sehingga ke jannah....aamiin...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah 16 tahun masih teguh bersama. Happy anniversary to kak yan dan suami serta mak dan ayah kak yan! Semoga berbahagia selalu! Dan selamat hari lahir ayah kak yan! Semoga sihat selalu dan dilindungi Allah :)

    ReplyDelete
  3. wahhh happy anniversary sis.. kite sekolah lagi 16 thn lepas hehe :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Yan.. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan.. Hepi anniversary

    ReplyDelete
  5. Selamat ulangtahun perkahwinan walaupun ucap lewat.
    Tidak romantik takpe asal setiap.

    ReplyDelete
  6. Selamat ulangtahun mama Yan.. semoga sihat selalu.
    Ammi pun stress monitor anak-anak berPDPR kat rumah. Banyak ngelat. Yang paling buat ammi jadi hantu ialah bila dorang dah pandai split screen telephone tu. Sebelah muka cikgu sebelah tengok anime. Ehhhhhhhhhhh...mmg satu bloklah dengar suara ammi.

    Mujur anak-anak insofff lepas dengar pekikan ammi.

    ReplyDelete
  7. Tinggi juga tu bacaan tekanan darah. Kena berehat dan banyakkan bertenang. Tapi apa boleh buta, sentiasa sibuk dan kerja yang pandai habis.
    Selamat ulangtahun perkahwinan. Moga bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary kak semoga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah and Tahniah! semoga berkekalan sampai ke Jannah

    ReplyDelete
  10. letops jugak eh kakyan masa muda dulu. tengok gambar macam tinggi hehe happy anniversary kak yan dan suami!

    ReplyDelete
  11. sebab tu la dana tak ajar si Aiyan tu, kelas pdpr dia semua papa nya yang handle... papa nya yang penyabar pun selalu hilang sabar tapi ok lagi lah, kalau emaknya comfirm suara dengar 1 blok hehehhe...

    happy anniversary MY dan suami

    ReplyDelete
  12. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kakyan dan suami. Dan juga untuk mak ayah akak. Semoga berbahagia sampai syurga. betul, biar berubah badan dan rupa jangan berubah hati.

    ReplyDelete
  13. happy belated anniversary yan.. dh 16 tahun dh.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Tinggi betul darah tu ha..jaga diri, jaga pemakanan jangan stress..cukupkan tido ye...by the way happy anniversary

    ReplyDelete
  15. Selamat ulang tahun perkahwinan mam yan..
    Semoga sentiasa bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad