Tali pinggang dalam reban - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, August 9, 2021

Tali pinggang dalam reban

 Orang lain tulis blog semua dah main SEO..
Dah jana income...
Tapi...
MY masih menulis berkonsepkan online diary...
Hehehe..
Agak ketinggalan di situ kerana kemalasan belajar.

Beberapa hari lepas...
Reban ayam kami diceroboh seekor tali pinggang batik...
Kebetulan ada orang kampung singgah bagi durian,
Terus suami bagitahu ada ular dalam reban..
So, panggil dua tiga orang lagi tolong tangkap..
Alhamdulillah... settle masuk guni...


 
Jiran jiran kat kebun ni alhamdulillah...
Semua baik baik...
Bertegur sapa...
Tapi tak sempatlah nak berbual mesra...
Tengah tengah pandemik ni kan...
Serba salah nak berbual panjang...
Tegur tegur macam tu je ..


Ni rambutan jiran bagi...
Bagi durian lagi...
Ada yang bagi pulasan juga...
Naik segan pula...
Kebun kami belum ada hasil.
Nak bagi ayam kampung, 
Semua menolak, kami semua ada bela ayam sendiri katanya...hahaha...
Dapat jiran yang baik baik juga satu rezeki kan...syukur..

Dah seminggu kot MY tak menulis..
Rasa takde mood seminggu ni...
Hari ni pun takde mood nak menaip..
Tu yang ayat tunggang terbalik tu...

Semoga Covid cepat cepat berakhir dr muka bumi...
Tak sanggup dah dengar kehilangan demi kehilangan.. 
😪





15 comments:

  1. Ular sawa ni memang minat cari ayam untuk makanannya.

    ReplyDelete
  2. Uishhh tali pinggang menakutkan tu. Mujur ada yang perasan tu kak. Alhamdulillah rezeki dikelilingi mereka yang baik baik. Rezeki buah pun dapat :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Besarnya,pasti ada psangan atau anaknya dekat2 situ..hati2 juga..

    ReplyDelete
  5. Ular sawa ni..mmg femes dia kat reban ayam..kpe tah..mcm wak ckp mmg dia suka mkn ayam ^_^ ngeeeri kak yan..tgk ular aduhaii

    ReplyDelete
  6. Aduh ingat tali pinggang apa tadi. Seram betul.

    ReplyDelete
  7. Laaa.. ingatkan tali pinggang anak MY yg dalam reban.. isk isk isk

    ReplyDelete
  8. Kalau masa naniey kecil dulu biawak suka masuk dlm reban ayam.. Habis anak ayam di telannya..

    Salam Maal Hijrah MY Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Aamiin

    ReplyDelete
  9. Aduh seram...alhamdulillah dah berjaya dialihkan ye..betul jiran yang baik memang rezeki besar zaman skrg nih..: )

    ReplyDelete
  10. nasib baiklah anak² x jumpa tali pinggang ni.. seramnya tgk

    ReplyDelete
  11. Ada juga pengalaman si ular sawa ni cuba masuk dalam rumah. Rumah kampung dulu2 banyak lubang-lubang. Mujurlah ayam2 di bawah rumah riuh rendah, arwah ayah tersedar dan nampak ular ni menjenguk2 cuba masuk dalam rumah. Dgn bantuan orang kampung, dapat juga tangkap masuk guni. Bangun pagi nak mandi ke sekolah, tak berani lalu tepi guni tu huhu...

    ReplyDelete
  12. Risau juga kalau terjumpa tali pinggang ni. Alhamdulillah rezeki dapat jiran baik2

    ReplyDelete
  13. Ular tu nampak macam besar, baru lepas makan ye dia.. seramnyaaa. Nasib baik bukan anak2 yang jumpa kan...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad