Sedikit catatan tentang perjalanan hidup seharian...
Kalau tak ditulis..
Kalau tak ditulis..
esok lusa lupa...
Pagi semalam Mama Yan dan suami bawa mak mentua pergi berubat di pusat perubatan Raudhah di tengah bandar Pontian..
Mak mentua MY dah disahkan menghidap barah payudara stage 1.
sebenarnya, dah susun untuk jalani pembedahan 15 haribulan 9 ni..
Tapi, tiba tiba takut pula.
Esok suami kena pergi hospital untuk batalkan jadual pembedahan tu.
Mak nak jalani rawatan secara Islam.
Kami ikut jelah...
Tak mahu paksa paksa jalani pembedahan dan ujian ujian serta kemoterapi semua tu..
Yang menanggung sakitnya dia..
mengikut saranan perawat,
barah ni adalah sejenis gangguan.
Jadi semalam adalah sessi bacaan rukyah pada mak...
lepas ni..
untuk 30 hari..
mak disarankan untuk mengelakkan makan makanan yang berdarah...
pendek kata mak kena jadi vegetarian la...
mak kata mak sanggup.
Lagipun memang dah lama tak selera makan...
sekarang asyik makan ikan kering je...
Harap harap boleh la sembuh walaupun secara logiknya... tak logik.
Apapun... Allah jua yang menyembuhkan...
Apa pun jua ubatnya...hanyalah ikhtiar...
Bulan depan datang lagi... ulang rawatan.
Semoga Allah kurniakan kesembuhan..Aminnn...
Semoga segala urisan yan sekeluarga dipermudahkan...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan. Amin
ReplyDeleteBagus sokong keputusan nak mertua walaupun kita tidak memahaminya.
ReplyDeleteInsya Allah usaha banyak cara. Harap ia memberikan hasil. Nanti kemaskini perkembangan selepas sebulan ya.
Semoga mak mentua akak kembali sembuh. Aaaminn...
ReplyDeletesemoga MIL kembali sembuh.
ReplyDeleteSemoga Allah beri kekuatan semangat dan kesembuhan buat MIL Yan.
ReplyDeleteSemoga mak mertua MY kembali sembuh. Bagus sokong keputusan mak mertua MY, moga ikhtiar ini mendapat hasil yang positif. Sentiasa doakan yang terbaik ya!
ReplyDeleteteringat masa mil kene barah payudara tahun 2013 kalau tak silap, bila dia tahu je dia ada barah anak-anak tak diberitahu, tup-tup dia dah nak masuk bilik bedah baru bagitau. Mil sejenis takut, dia kata ikut je kata doktor dia tak buat pun rawatan apa. Payudara dia sebelah kiri kene buang, selepas beberapa tahun dia kene buat kimoterapi sebanyak 6 kali di Kuala LUmpur, jadi kami lah yang jaga. Beberapa tahun berulang alik buat followup sebab dia takut ada lagi sel barah tu.
ReplyDeleteMoga mil MY diberi kesembuhan, stage 1 insyallah dapat lagi di rawat. Tapi kalau lepas perubatan secara islam masih tak ok mohon pujuk bawa ke hospital juga...
Moga diberi kesembuhan & kemudahan buat ibu mertua MY aamin
ReplyDeleteallahu..stage 1 masih senang untuk merawat..insyaallah..mohon berkat doa semua..diberi kesembuhan
ReplyDeleteSemoga dianugerahi kesembuhan dan keafiatan
ReplyDeleteMoga NIL MY diberi kekuatan untuk melawan penyakit itu. Usaha dan ikhtiar memang perlu. In syaa Allah segalanya akan baik-baik saja.
ReplyDelete