Doakan Ibu Mentuaku - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, September 20, 2021

Doakan Ibu Mentuaku

 Hari ni, ibu mentua Mama Yan masuk wad sebagai persediaan pembedahan mastektomi payudara kerana barah. Doakan segala urusan dipermudahkan dan diangkat segala kesakitannya. 

Dalam keadaan pandemik macam ni... tak tahu boleh jaga tak lepas pembedahan nanti. Harap harap boleh la... hari ni suami MY uruskan dulu kemasukan ibunya ke wad dan jalani ujian Covid terlebih dahulu.

Ulang tahun kelahiran anak kembar MY jatuh pada hari Rabu ni, 22 September. Tapi atoknya masih di hospital lagi pada hari tersebut, kami awalkan sikit majlis potong keknya. Kali ni beli kek di Baker's Cottage Pekan Nanas, Kek Warmest Chocolate. Sambutan kali ni takde tiup tiup lilin... minta atok baca doa ke untuk budak kembar berdua ni... potong, makan kek dan roti canai je.


Dalam keadaan mak mentua MY yang sedih dan susah hati, taknaklah buat sambutan bergembira sangat. Selalu hari jadi ada fast food macam KFC, pizza.. tapi kali ni beli roti canai aje. 

Tempat perubatan Islam yang mak mentua MY pergi berubat tu, dia kata ayam, daging, ikan dan semua makanan berasaskan haiwan ni la punca barah. Jadi dia suruh pantang makan makanan berasaskan haiwan. Hmm... makan tempe aje laaa...

Mak mentua MY ni jarang sungguh sakit demam .. sekali sakit ni... sakit kanser terus. Sejak setahun lepas, memang kesihatannya agak merosot. Rupanya, tu tanda badannya sedang berlawan dengan kanser. Mudah mudahan, segalanya dipermudahkan.... aminnn...



13 comments:

  1. moga di permudahkan buat mil MY, moga di permudahkan menjalani pembedahan dan sembuhnya nanti..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan semua. Semoga cepat sembuh dan diberi kesihatan yang mak untuk mak mentua. Semoga pembedahan berjalan lancar dan selamat. Kuat semangat untuk semua yang sedang menghadaapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  3. Kesiannya kan. Moga Allah permudahkan urusan Mak Mentua Yan.

    Mungkin betul ayam & segala tu jd punca kanser.. sbb haiwan2 ni nk kena injek, tak mcm zmn2 dulu.

    ReplyDelete
  4. semoga allah berikan kesembuhan

    ReplyDelete
  5. semoga semua nya dipermudahkan & berjalan dgn lancar...in sya Allah. Semoga diberikan kesembuhaan utk mil....aamiin.

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah. Allahu. Semoga semuanya dipermudahkan dan lancar.Segera pulih kesihatan dan Allah angkat kanser yang dihidapi.

    ReplyDelete
  7. Moga dipermudahkan segala urusan & diberi kesembuhan buat ibu mertua MY.
    Seronok anak2 dapat potong kek dgn nenek ye...

    ReplyDelete
  8. betul bila kena sakit seangkatan itu mmg susah skit kak yan..
    mak saya pesakit kanser tahap 3..penat juga menjaga pantang laragnya..
    moga mentua kakyan dipermudahkan urusan ya.

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah permudahkan segala urusan pembedahan dengan lancar. Semoga mak mentua akak pun terus kuat melawan sakit dan kembali sihat. Aaminn...

    ReplyDelete
  10. semoga keluarga MY sentiasa dalam peliharaan Allah..

    ReplyDelete
  11. Happy Bezday Twin semoga menjadi anak soleh dan solehah… Yelah kan dalam hati, dia je yang tahu mcm mana rasanya. Mau tak seram…

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad