Hadiah PDPR - aziankhalil.com

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, September 15, 2021

Hadiah PDPR

Alhamdulillah..
Murah rezeki anak anak..
Dapat hadiah macam macam sepanjang tempoh PDPR ni...
Terima kasih cikgu...
Bersusah payah gembirakan hati anak anak murid...

20210913_231157
Sarah dapat hadiah dari cikgu Ain Natasha sempena kehadiran penuh PDPR Bahasa Inggeris sepanjang bulan Ogos..
Thank you teacher...


20210913_003714
Yang ni Aril dapat dua hadiah dari Cikgu Zuhrah...
Kereta kawalan jauh tu untuk pertandingan nyanyian lagu sempena menyambut merdeka..
Cupcake pula hadiah untuk aktif PDPR sepnajang bulan Ogos.

20210913_003929
yang ni hadiah kehadiran dan kerja sekolah Aril dari Teacher Farina Shilla untuk subjek bahasa Inggeris bulan Ogos..
Ada jajan dalamnya...
tapi sebab tak sempat nak ambil gambar jajan dah habis dulu...
Ambil gambar kotaknya aje..
Thank you teacher...
Murah hati betul teacher ni...
selalu bagi giveaway untuk murid murid..


20210807_231355
Ni dari Cikgu Zuhrah juga..
Tapi untuk bulan Julai hari tu...
Cikgu Zuhra juga ada bagi 1 plastik besar bantuan  makanan asas...
Sudah kami panjangkan sedekah Cikgu Zuhrah kepada anak buah suami yang benar benar memerlukan...
Kedai handphone tempat dia kerja dah tutup..
sekarang tengah cari kerja baru..
Tapi dalam suasana ekonomi sebegini... 
Bukan senang nak dapat kerja baru


20210913_231756
Yang ni hadiah Ucid dapat dari Cikgu Faezah Hanaffi untuk kelasnya di Sekolah agama..
Terima kasih cikgu...

20210914_130349
Moq pun ada dapat hadiah hamper juga sebab menang pertandingan nyanyian lagu sempena merdeka...
Tapi..
Mama jumpa kulit jajan nya aje...
tak sempat nak bergambar dengan hampernya..
Bertuah betul budak budak ni...
dapat bungkusan terus lenjan..
Takde nak ambik ambik gambar buat kenangan langsung...


Ada cikgu yang buatkan sijil penghargaan untuk anak anak yang siapkan kerja sekolah..
Ada juga cikgu yang tak lokek dengan pujian untuk anak anak..
Walaupun salah... tetap bagi pujian sebelum bagi jawapan untuk buat pembetulan...hehehe
Apapun...
Terima kasih buat guru guru yang bersungguh sungguh mendidik dan mengajar anak anak walaupun dari kejauhan dan kesibukan menguruskan PDPR anak sendiri juga...
mana taknya..
Tengah Google Meet dengan anak murid...
Anak sendiri datang duduk atas pangku nak tekan tekan laptop juga..
Tengah rakam suara dan video...
Anak menangis...
terpaksa pause dulu...

Kita semua struggle dengan keadaan pandemik yang melanda dunia..
semoga Allah hapuskan Covid dari muka bumi ini...
Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berpanjangan kepada semua guru guru..
Semoga dikurniakan juga kesihatan dan ketenangan akal fikiran dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.






 

13 comments:

  1. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Alhamdulillah.
    Moga anak-anak terus cemerlang.

    ReplyDelete
  2. IMG_20190908_182837
  3. 20190927_082126

    Wahhhh macam-macam dapat bagus cikgunya... aiyan aritu pum ada dapat kereta mainan... pandai cikgu bg semangat pada murid-murid

    ReplyDelete
  4. 20200302_211551

    Terharu rasa…baik sungguh cikgu-cikgu. Sanggup keluarkan duit sendiri untuk beri galakan kepada anak murid. Memang betul-betul berusaha nak memandaikan anak bangsa. Moga Allah merahmati mereka.

    ReplyDelete
  5. 1482816570713

    Alhamdulillah. Semoga murah rezeki cikgu cikgu semua. Benda ni boleh menyuntik semangat pada anak anak. Rasa dihargai lain macam..

    ReplyDelete
  6. 20160807_214437_1470621466141

    hadiah sekecil mana pun pasti anak2 gembira lebih2 lagi usaha dalam akademik/bidang diceburi dihargai/dapat hadiah. semoga lebih cemerlang di masa depn

    ReplyDelete
  7. FB_IMG_1545570899698

    Alhamdulillah . Semoga murah rezeki cikgu2 yg bsusah payah bg hdiah utk ank murid ..bsemangat lagi lah diorang nk pdpr

    ReplyDelete
  8. nona-sani
  9. picture

    wahhh beruntungnya anak2..ni kalau x seronok lg belajar haa xtau la kan..Alhamdulillah murah rezeki anak2 kak yan :)

    ReplyDelete
  10. Sihatimerahjambu

    Seronok anak anak dapat hadiah dari cikgu. Tahniah semua anak anak kakyan semangat dan hadir kelas PdPR. Masing masing seronok dapat hadiah. Effort cikgu patut dipuji. Tahniah untuk cikgu juga :)

    ReplyDelete
  11. 20180817_141058

    Sekolah rendah anak pun sama. Bagus initiating cikgu nak bagi murid join GM, hantar tugasan. Tiap bulan ada buat pelajar terbaik PDPR. pelajar terbaik Subjek. At least semua usaha buat tugasan sungguh2 bukan asal siap

    ReplyDelete
  12. IMG_7572

    Alhamdulillah, seronok budak budak dapat hadiah, dapat tambah semangat lagi tukk pdpr. Cikgu punnn baik hati semuanya bagi hadiah untuk budak budak.

    ReplyDelete
  13. photo_2020-08-07_19-18-43

    Alhamdulillah tahniah. memang seronok betul budak-budak kalau dapat hadiah. tapi bagus juga kan sebenarnya bagi anak murid hadiah, supaya tambah semangat lagi utk mereka belajar time pdpr ni <3

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad