Alhamdulillah...
Mak mentua MY dah selesai menjalani pembedahan mastektomi atau pembuangan payudara & sel selnya. Dah pulang ke rumah MY semalam. 20 hb jalani ujian Covid, masuk wad dan berehat di wad, 21 hb jalani pembedahan, 22hb dah boleh balik.
Musim musim covid ni, elok la berehat di rumah berbanding dalam wad. Kurangkan crowded dalam wad dan hospital. Tapi esok kena pergi hospital cek luka jahitan pembedahan dan cabut tiub darah.
Sebahagian dari ruang tamu yang telah diubahsuai menjadi bilik rawatan...hahaha...
Masa ni memang sedar...
Allah permudahkan urusan kami memiliki rumah ni bersebab rupanya..
Dan ini adalah sebab utamanya...
Jaga ayahbonda yang gering...
Mak mentua Mama Yan masuk wad untuk operation kanser,
Malam yang sama,
Gout bapa mentua MY pula menyerang dengan dasyatnya sampai terpaksa ke klinik untuk mendapatkan ubat tahan sakit...
Mudah mudahan kedua dua nya cepat sembuh, dan diangkat kesakitannya...
Aaminnnn...
Aminn..semoga dipercepatkan kesembuhan buat keduanya. Semoga Allah limpahkan rezeki berlipat ganda dan diberikan kesihatan yang baik buat MY. Nak jaga orang sakit kita kene sihat
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga allah bg ganjaran rezeki menjaga ibu bapa. Semoga cepat sembuh
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga mak dan ayah mertua Yan di berikanNya kesembuhan segera... aamiin
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan. Betul, kak MY. Eloknya berehat di rumah sbb hospital pun berisiko juga. Mak saya sekarang dah pindah hospital keempat sbb 1 wad penuh dan 2 lagi banyak kes covid. bulan 10 baru boleh balik :'(
ReplyDeleteAmin..moga dimakbulkan doa kak yan :)
ReplyDeleteMoga cepat sembuh keduanya. Aamiin
ReplyDeletesemoga ibubapa n mentua mama yan kembali sembuh ye. Aamiin...
ReplyDeleteRezeki mak pak mertua dapat anak menantu yg soleh solehah mcm ni. Semoga urusan Yan dipermudahkan dan mereka cepat sembuh
ReplyDeleteSemoga diringankan kesakitan dan segera sembuh buat ayah dan ibu mertua MY, Amiinnn YRA
ReplyDeletemoga di berikan kesembuhan buat mil dan fil MY ya. Teringat masa jaga mil lepas setiap kali dia kene buat kimoterapi, betapa kuatnya mereka ini sebenarnya.Moga berlimpah ganda rezeki dan pahala buat MY sekeluarga asbab jaga mentua yang sakit
ReplyDeleteMoga cepat2 sembuh untuk keduanya. Insya-Allah amin.
ReplyDeleteAamiin. In sya Allah. Semoga kedua-duanya segera sembuh.
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga kembali sembuh keduanya. Rumah mak saya kat kampung pun letak dua katil single kat luar untuk memudahkan pergerakan dan pemantauan.
ReplyDeleteAamiin.. Aamiin.. Semoga Allah permudahkan semua urusan mama yan dalam menjaga mertua dan Allah berikan kesembuhan buat Kedua mertua mama yan.. Amiin.. Aamiin..
ReplyDeleteAaamiin.. Semoga cepat sembuh dan semoga dipermudahkan segala urusan MY untuk menjaga mertua.. :)
ReplyDelete