Hari tu cikgu pengakap Moq bagitahu,
Semua gambar yang diambil di sekolah hari tu,
Pengakap daerah reject sebab semua tak pakai nametag.
Jadi cikgu suruh ambil gambar baru,
Kat Pekan kecil ni,
Mana nak cari tempat buat nametag siap 30 minit?
Adeh.. pening kejap.
Susah sangat...
MY google je...
"Saiz nametag"
Dapat saiz,
Buka Microsoft Words,
Insert gambar rectangle,
Letak saiz,kemudian add text.
Lepas tu,
Letak background hitam, tulisan putih,
Cetak dan gunting.
Lepas tu,
Tampal aje kat uniform guna selotape.
Settle masalah.
Gambar hendaklah tegak dalam keadaan sedia,
Pastikan uniform tidak berkolar,
Nampakkan lencana di tepi lengan,
Susunan lencana dalam susunan yang betul,
Nametag hitam tulisan putih,
Rambu kat tepi tu kena betul,
Jangan terkepit ketiak pula rambu nya tu,
Scarf diikat dengan wogle yang betul sehingga ke aras butang pertama baju.
Berkali kali juga la MY snap gambar dia...
Kelakar betul.
Ada aje yang tak kena...
Ini pun nyaris nyaris nak kena reject lagi.
Sebabnya tak nampak lencana kat lengan baju.
Tapi alhamdulillah..
Cikgu kata dah ok...
Lepas ni nak kena siapkan buku log.
Sikit aje lagi nak siap.
Mama Yan pernah join pengakap laut masa tingkatan 4 kat sekolah teknik dulu.
Tapi, dah puas selongkar gambar,
Takde pula gambar pakai uniform pengakap.
Ye lah..
Zaman tu mana ada kamera.
Sampai sekarang MY masih ingat lagi undang undang pengakap.
1. Dipercayai,
2. Taat,
3. Berguna,
4. Bersaudara,
5. Berbudi,
6. Kasihkan binatang,
7. Menurut perintah,
8. Tabah hati,
9. Berjimat,
10. Suci fikiran, Suci perbuatan, Suci perkataan,
Lagu lagu pengakap pun ada yang Mama Yan boleh ingat lagi...
Anak anak ketawa dengar MY nyanyi lagu lagu pengakap.
Kadang kadang saja nyanyikan waktu lepas lepas bersenam tu.
Ajak anak anak buat gerakan sekali.
Diorang tak percaya mama diorang pernah nyanyi lagu macam tu kat sekolah.
Takkan la nyanyi lagu macam ni?
Betul la...
Kalau ada perkhemahan..
Kena la nyanyi lagu lagu pengakap...
Takkan nak nyanyi lagu BTS pula...
Naik tingkatan 1 nanti,
Nak suruh Moq ambil PBSM pula.
Tak sesuai langsung ambik pengakap.
aduh naya jadinya, mujurlah omaknya kreatif memikirkan macamne nak setel masalah tu. Kelakar tengok gambar yang diambil hehehehe mujur gambar last tu cun kejadiannya
ReplyDeletebijak mama yan buat DIY bila emergency mcm ni, syabas!
ReplyDeletemcm tu lah zaman pdpr ni.. kita mak² yg kecoh kt umh uruskan hal sekolah anak
ReplyDeleteHuhu renyah jugak ya...byk yg nk kena patuhi..
ReplyDeletesenyum sorang2 saya baca post ni hahaha
ReplyDeleteMasa sekolah dulu pernah juga join pengakap ni
ReplyDeletemudah blh buqt sendiri skrg ni kan
ReplyDeletebestt tgk ank2 pengakap
persatuan. uniform, segak ni
Mencabar betul nak ambil gambar ikut KPI ni. Mujurlah mamanya kreatif. Undang undang pengakap tu kena nyanyi baru ingat, kan :)
ReplyDeletebila tengok pengakap rasa bangga sebab teringat waktu akak sekolah, akak jadi leader untuk Pandu Puteri tapi sorang pun anak2 tak masuk jadi Girl Guide mahupun Pengakap...eh rasa macam ada anak yang jadi pengakap...hahaa dah tuaa
ReplyDeletefuh mencabar juga ye nak ambil gambar pengakap ni mujur cikgu terima
ReplyDelete