Hari Khamis lepas,
Giliran si Moq pula cucuk vaksin Covid dos pertama.
Jadual tulis jam 10.30 pagi.
Tapi cikgu suruh datang pukul 9 - 10.
Cikgu siap call sehari sebelumnya untuk ingatkan ibu bapa...
Malamnya tu whatsapp lagi sekali...
Terima kasih cikgu...
Esoknya... jam 9 pagi kami dah sampai ke dewan tempat PPV.
Tapi, macam abang hari tu...
Ibu bapa tak dibenarkan masuk.
Cuma kali ni,
Disuruhnya mak bapak tinggalkan handphone yang ada daftar mysejahtera anak tu diberi kepada anak,
Heh.. memang tak la..
"Tak boleh puan, memang kena bagi mysejahtera tu untuk anak scan"
"Sorry tak boleh bagi. Pandai pandaila petugas kt dalam tu nak buat macam mana. Saya dah sign surat kebenaran. Lagi pun mana boleh bagi handphone mak bapak pada anak. Privacy."
Lagipun kita kenal karektor anak anak...
Yang mana cuai... yang mana teliti...
Jadi, MY tak bagi pun handphone MY kat anak.
Dia bawa handphone PDPR dia je.
MY tak install MY Sejahtera kat handphone anak anak sebab kalau keluar rumah,
Anak anak tak dibenarkan bawa handphone pun selalunya.
Selesai cucuk, pukul 11.40 pagi.
Haa... boleh pun cucuk tanpa mysejahtera.
Janganlah assume semua pelajar ada handphone dan kredit.
Korang kat Pontian je kot...
Lainlah kat Bangsar ke, kat Bukit Antarabangsa ke kann...
Walaupun panas... tapi ada khemah dan kerusi..
Ok sikitla...
Abang hari tu 2 jam beratur tanpa khemah dan kerusi,
Ni dah ada penambahbaikan sikit la kot.
Tapi sibuk nak mysejahtera pula..
Wey...
Anak MY tinggalkan botol air termos kat PPV tu.
Sayang wei... termos tu tahan lama air panas/sejuk dalam tu.
Mahal gak beli...
Kalau MY bagi handphone MY hari tu,
Haruslah dengan handphone tu sekali dia cicirkan...hehehe...
Abang Moq sado macam atok atok jantannya.
Kulitnya pun ireng macam abah MY.
Abah mentua pun sama...ireng juga.
Tapi rasanya.. ni sebab masa mengandung Moq,
MY selalu betul bergaduh dengan workers Bangladesh kat site dalam UTM dulu.
Ada sumpahan agaknya... hahaha..gurau je.
Dah baka nya gelap gelap...
Mana datang anak yg putih bak kapas kannn..
Lepas ni...
Tunggu untuk dos kedua pula..
Mudah mudahan semuanya baik baik aje...
Aminnn
Pula kena bagi telefon pada anak. Rasa macam tidak apa, boleh je daftar sebab masuk pun kena pergi meja pendaftaran. Cuma penting kad pengenalan kena bawa.
ReplyDeletetahniah dah vaksin ye Moq!
ReplyDeleteIreng tak pe, yg penting Mok tak takut jarum. Syabas!!!. Moga dipermudahkan pula utk doz ke 2.
ReplyDeleteireng pun nanti besar handsome tuu..
ReplyDeleteAlhamdulillah lebih baik dari sebelum ni. Susah jugak tu kena bagi handphone. Tak semua pelajar ada handphone sendiri. Phone mak ayah tak kan nak bagi pulak kan. urusan dan privacy tu.
ReplyDeleteSemoga moq baik baik je. Senyuman manis tu :)
yeahh! moq sado! setel dos alhamdulillah..
ReplyDeletehahahaha keputusan yang tepat lah tak bagi handphone tu. Tahniah Moq dah settle dua dos vaksin
ReplyDelete