ada la masa bersama keluarga, masak, makan, tidur, solat, jaga anak semua tu...
Selepas yakin dapat bertugas kembali, Jessica ditugaskan untuk mendekati Adam, seoarang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pekebun dan pemetik buah di Australia yang dipercayai bersekongkol dengan penjenayah. Jessica menyamar sebagai wartawan akhbar atas talian,
Ketika dalam tugasan, Jessica telah jatuh cinta kepada Adam.
Di kisah yang lain pula, mengisahkan Fahmi yang mencintai Waheeda rakan sekolahnya. Namun, cinta antara dua darjat kecundang apabila Waheeda dengan rela menerima pilihan keluarganya, Faizal. Di hari konvokesyen Waheeda, Fahmi hadir dengan sejambak bunga, namun Waheeda memperkenalkan Faizal sebagai tunangannya. Fahmi kecewa, namun redha dan sedar siapa dirinya. Fahmi tidak terus pulang ke Malaysia, tetapi terus bekerja dan tinggal lebih masa menggunakan pasport pelancong. Fahmi akhirnya diusir pulang dan disenaraihitam oleh pihak imigresen Australia selama tiga tahun.
Selepas tiga tahun, Fahmi hadir semula ke Australia dengan membawa bekal dan keazaman yang baru. Di sanalah Adam dan Fahmi menyatu.
Dalam siasatan Jessica, Adam sebenarnya telahpun berkahwin dengan seorang gadis bernama Haura. Ini menimbulkan rasa cemburu Jessica dan membuatkan Jessica tercari cari siapakan Haura di sisi Adam.
Novel tulisan Ramlee Awang Murshid kali ni lebih santai dan lebih banyak bermain dengan emosi cinta dan kasih sayang. Tak cukup thrill la kata orang. Tapi untuk Mama Yan yang usianya dah condong sikit ni... Okaylah... Dah malas nak baca novel sakit kepala. Cantik la ni kan... Tak terlalu berat dan tak terlalu cintan cintun, Sedang sedang la...
Tajuk buku : Haura
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Group Buku Karangkraf Sdn Bhd
Jumlah mukasurat : 417
Tahun terbitan: 2020
Genre : Thriller
novel dari penulis yang tidak disangkal lagi kehebatannya
ReplyDeletesuka abca karya Ramlee awang ni. Semua best best
ReplyDeleteMacam macam dugaan kisah percintaan watak wataknya.
ReplyDeleterasanya ini novel paling terbaru tulisan RAM yang dana baca, yg terbaru lagi tak beli lagi...
ReplyDeletemenarik juga cerita tu dan RAM memang antra penulis yang hebat. Saya tengah stop membeli novel sebab nak habiskan novel yang orang hadiahkan..
ReplyDeleteSha belum baca lagi novel ini rasanya..
ReplyDeletehahaha di siap letak percentage lagi supaya fans dia tak kecewa. Macam best pulak baca sinopsis dia, nak try cari la nanti
ReplyDelete