Asam Pedas Piring Puteh - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, November 5, 2021

Asam Pedas Piring Puteh

Hari Rabu lepas habis meeting kat Eco Botanic,
Balik rumah dulu,
Nak sapu,
Nak mop,
Nak kemas,
Nak basuh baju,
Dan macam macam urusan rumah tangga lagi.
Lepas tu,
MY pergi kebun kejap bagi ikan dan ayam makan.

Selesai urusan di kebun,
Nak pergi makan.
Lepas tu ajak suami cari tadika untuk Mijan tahun depan.
Tahun depan Mijan dah masuk 5 tahun,
Dah kena masuk sekolah dah ye Mijan.
Takleh jadi duduk rumah aje..
Asyik sing along lagu Spongbob aje,
Pusing banyak kali, rupanya salah tag location.
Cari pakai alamat, jumpa pun Little Caliphnya.

Harap harap janganla PKP aje tahun depan,
kang tak memasal kena bayar yuran,
Tapi anak ajar sendiri.
Dah jumpa tadika untuk Mijan,
Barulah pergi makan.

Orang zaman sekarang,
Tunduk je main handphone.
Takde nak pandang pandang bini kat depan ni dah..
Hahaha...
Takpe...takde hal.
MY pun sama je main handphone juga.

Restoran ni ada penyaman udara..
Sejuk nyaman aje...
Dah la tak ramai orang.
Campur meja MY, ada 2 meja je yang ada orang.
Meja lain kosong.
Yelah.. dah lepas waktu makan tengahari kan..
Dah la MY dan suami baru balik jengah kebun,
Makan pula dalam aircond...
Huishhh...
Memang lega rasa..
Masa kat kebun bukan main panas , keluar kebun saja,
Tetiba mendung pula.

Macam biasa.. kalau makan nasi MY akan order air teh o ais atau air kosong je.
Kalau lepak lepak kat mamak teman anak makan roti telur, MY akan order air bersusu macam Milo atau Teh Tarik

Kami order asam pedas ikan jenahak.
Sepotong je, bahagian isi.
Harga tak tau,
Sebab bukan MY bayar.
Tapi, mungkin berbaloi agaknya dengan harga sebab suami MY tak ulas apa apa pun..
Kira ok la tu kot.
Pada MY asam pedas dia sedap sangat dah...
Sebabnya,
Sampai sekarang pun MY tak pandai masak asam pedas.
Kalau makan asam pedas orang lain, 
Memang jarang la dapat yang tak sedap macam MY masak sendiri...
Cumanya..kacang bendi dalam asam pedas tu wes tuek, alot.
Hahaha.. tapi takpe...
Kuahnya sedap, itu dah cukup dah.

Pinggan tu besar dan nasinya agak banyak juga.
Suami MY makan tak habis.
Tapi takpe...
Bini dia ni sudi je nak habiskan...

Kangkung goreng belacan.
Suami Mama Yan memang suka sayur kangkung goreng guna cili kering.
Something new la bagi Mama Yan.
Bagi MY dulu dulu, sayur tak sepatutnya pedas.
Yang pedas tu sambal atau lauk.
Pelik kenapa tumis sayur nak kena letak lada atau cili.
Tapi sekarang dah boleh terima dah...
Sedap juga rupanya.

Telur dadar ni, entahlah.
Setiap kali makan kat luar,
Kalau order nasi dan lauk,
Mesti dan wajib pesan telur dadar.
Tak ada jawapan kenapa mesti nak ada telur dadar.

Oleh kerana masa MY keluar dari kedai hujan lebat menggila,
MY pun terus berlari ke kereta.
Padahal dah niat nak posing depan kedai sebelum balik...
Jadinya, cari ajelah gambar restoran ni dalam facebook..

Begitulah kehidupan seorang blogger picisan...
Gambar makanan tak reti ambil,
Review makanan tak reti,
Cerita pun syok sendiri...
Kahkahkah!


Kot ada yang sesat kat Pekan Nanas,
boleh la singgah makan kat sini dulu..
Alamat Restoran Piring Puteh,
No 9, Jalan Permata 5,
Pusat Perdagangan Pekan Nanas,
Pekan Nanas




 

3 comments:

  1. Oh, ingatkan restoran kat eco botanic.. nampak pekat asam pedas tu.

    ReplyDelete
  2. Sedap asam pedas ni. Kalau ada pair dia, telur masin lagi terangkat :D

    ReplyDelete
  3. Pekat kuah asam pedasnya. Saya suka makan asam pedas orang masak sebab nak masak asam pun tak reti jugak. huhuhu...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad