Buah kepayang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, November 4, 2021

Buah kepayang

Buah beluluk, buah kepayang,
Dimakan mabuk, dibuang sayang.

Burung merbah terbang melayang,
Terbang dikejar burung helang,
Sayang-sayang buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.


yang sebenarnya, 
semalam MY dapat parcel kiriman dari abah di kampung,
Abah kirim buah kepayang...
yummm..
dah lama tak makan buah kepayang.
masa kecil kecil dulu selalu makan,
abah selalu beli di pasar minggu,
Tapi sekarang dah duduk Johor,
payah la nak jumpa makanan eksotik kegemaran MY ni.

Masa MY balik kampung 2 minggu lepas,
kirim kat kakak yang ke pasar minggu,
Tapi dia kata tak jumpa,
alih alih semalam dapat bungkusan buah kepayang..
Alhamdulillah...


Buah ni kalau dimakan mentah, 
boleh memabukkan,
tapi tak sampai membunuh kadar kemabukannya rasanya,
Sebab tulah wujud simpulan bahasa 'mabuk kepayang' yang bermaksud mabuk bercinta.
Sebelum boleh dimakan,
Kena lalui beberapa proses untuk hilangkan racunnya,
tapi macam mana prosesnya tu,
MY pun tak tahu caranya...
buah yang mentah pun MY tak tahu macam mana rupanya,
Kenal yang dah sedia untuk dimakan aje.

MY tak tahulah kalau kat tempat lain namanya lain,
tapi kat pasar dalam Johor ni memang tak pernah jumpa lagi,
Suami MY pun tak kenal buah kepayang,
selalu dengar dalam pantun dan simpulan bahasa aje...

yang membaca coretan MY hari ni?
pernah makan buah kepayang tak?

9 comments:

  1. Baru tau ada buah nama kepayang.
    Kat seremban ada satu taman namanya Taman Kepayang

    ReplyDelete
  2. Cheq tak pernah makan buah ni, tapi nama dia biasa dengar 😬

    ReplyDelete
  3. Tak kenal buah ni cuma dengar nama saja
    Makan gitu je ke MY? Ke kena masak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dibeli ni tinggal nak makan aje. kalau buah mentah dari pokok memang kena proses dulu sebelum boleh dimakan

      Delete
  4. Tak pernah tahu tentang buah kepayang ni. Pokok dan buahnya pun tak kenal kakyan. Selama duduk Johor memang tak pernah tengok pun buah kepayang. Agaknya mungkin kurang dikenali di Johor.
    Alhamdulillah ada rezeki kakyan merasa kiriman dari kampung.

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah makan... Rasanya macam mana ya?😅

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan buah kepayang ni. Baru tau buah ni yang buat mabuk kepayang tu 😅.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan dan tak pernah jumpa lagi buah ni.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad