Kah kah kah...
Budak lelaki kot..
Pen minta kat kawan.
Mama Yan siap bawa bekas pensel besar gedabak.
Lengkap dengan pen hitam, biru, merah, highlighter, liquid paper, cutter, stapler, pembaris, pensel picit, kalkulator.
Bawa buku, payung, telekung, botol air dalam beg sandang belakang.
Walaupun MY mengelek buku dan beg berat berat ke kuliah tiap hari,
Tapi MY bukanlah pelajar bijak pandai dengan pointer 4.00.
Semester pertama kat universiti aje MY dah terduduk atas Kerusi Golek atau KG.
KG tu Kedudukan Gagal.
Lepas tu MY Daftar Semula tahun 1 di sesi hadapannya pula.
Alhamdulillah...
Berjaya menamatkan ijazah sarjana Muda Kelas Kedua Rendah.
Rendah je la yang mampu... hihihi...
Susah sikit nak survive sebab MY agak introvert.
Nak dapatkan group untuk assignment pun susah.
Lagilah zaman tu belum ada group whatsapp..
Kadang kadang rasa macam salah pilih jurusan pun ada...
Semua subjek Matematik dan rekabentuk MY dapat gred yang teruk,
Gred yang elok untuk subjek membaca je.
Kalau suruh membaca...
Memang pulun.
MY jenis otak menghafal.
Baik dari awal ambil jurusan yang banyak membaca je kan..
Adehh...
Dahhh...takyah ingat sangat...
Move on dan jalan terus.
Yang penting sampai sekarang MY masih bawa beg galas belakang ...
Syu pun masih bawak beg galas belakang jugak.Tapi time pergi kerja jelah.Hi3
ReplyDeleteTime jenjalan bawak sling bag jer.
Tersangat jarang nampak student u pengang buku. Selalunya letak dalam beg.
ReplyDeletehahaha itulahh saya pergi kelas pun memang pegang buku :D
ReplyDeleteSamalah, tak pernah tak bawa pen pergi kuliah.
ReplyDeleteKalau budak engineering biasa bawak buku tebal tu. jenuh nak bawak g kelas. Kena ada beg galas dan pen tu wajib ada :)
ReplyDelete