Cekodok bom - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 22, 2021

Cekodok bom

Kebelakangan ni..
Rasa macam blog ni blog masakan pula.
Asyik up entry masak masak dan makan aje pulak.
Awal awal dulu,
Banyak entry pasal tempat kerja,
Lepas tu pasal anak,
Sekarang masak pula..

Nak buat macam mana kan...
Sekarang dah tak pergi kerja.
Jadi dah takde la kisah kisah tempat kerja..
Kerja kat rumah ni masak, menyapu, basuh pinggan, layan anak, makan...
Tu ajelah kisahnya.


Hari tu suami MY whatsapp gambar resepi cekodok bom.
Tapi tak la terus buat.
Esoknya tu baru MY buatkan.
Masa MY kecik kecik dulu,
Selalu mak buat cekodok bom ni kat rumah.
Menginjak usia remaja,
Mak bancuhkan tepungnya,
MY tukang goreng.
Sekarang...
Sendiri bancuh, sendiri goreng la nampaknya...

Resepi Cekodok Bom


4 senduk tepung gandum
Setengah paket Yis kering 
1 senduk gula (dalam resepi asal 2 senduk)
Air suam

Cara cara membuatnya:

Satukan bahan bahan kering, tepung, gula dan yis.
Kacau sebati.
Masukkan air sediki demi sedikit.
Bancuhan tepung ni kena pekat daripada bancuhan jemput jemput kosong tu.
Sebab dia kan ada yis.
Nanti ada kerawang2 dalamnya, jadi dia akan lembut.
Sebab tu masukkan air sikit sikit.
Supaya tak terlebih air.


Lepas adunan dah sebati,
Perapkan tepung lebih kurang setengah jam.

Ni selepas setengah jam, 
Tepungnya dah naik kembang penuh besen ni.
Sebelum goreng,
Kacau kacau semula bancuhan tepung ni tau.
Kacau laju laju sikit.
Nanti dia kempis semula.

Panaskan minyak masak atas kuali.
Pastikan minyak betul betul panas ya sebelum boleh goreng cekodok bom ni.
Sebab dia ada mauripan,
Kalau minyak masak tak cukup panas,
Nanti serap minyak.


Macam macam saiz ada...
Mama Yan jemputkan pakai tangan.
Susah pakai sudu...
Dia melekat lekat kat sudu tak nak turun dari sudu.

 Taraaa...
Inilah hasilnya cekodok bom Mama Yan.
Masa kat kampung dulu,
Mak abah selalu bancuh manis sikit.
Tapi ni..
Memang MY kurangkan gula.
Maklumla... MY kan sweet sweet gitu.
Kalau gula lebih,
Warnanya akan lebih gelap daripada ni.

Bulan depan nak ambil darah untuk check HbA1c,
Jadi kenalah kurangkan gula.
Tak berapa manis pun sedap juga.
Lebih lebih lagi bila cicah dengan sambal tumis...
Memang enak!

Kalau takde idea untuk minum minum petang tu,
Boleh la buat cekodok bom ni.
Suami kata,
Kalau cicah sambal kacang lagi ngam,
Hahahadoi
..
Maaf...tak rajin bang.
Kuah kacang tu setahun 2 kali je boleh buat.
Raya puasa, raya haji.
Hahaha..




 

10 comments:

  1. ok la tu..share share resepi yg best2...sharing is caring kann....

    ReplyDelete
  2. Kuih ni memang sedap kalau cicah ngan sambal ikan bilis. Terliur pulak tengok. Bahan2 pun senang nak dapat. Tq u tuk yer MY.

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. kita suka cekodok yg macam ni, lembut, dah sejuk pun lembut. Memang sesuai la cicah sambal tumis.

    ReplyDelete
  4. hahahah ammi last buat kuah kacang Raya Haji tahun lepas (itupun sbb arwah mama yang guide).. pehtu mmg takdolah

    ReplyDelete
  5. kami panggil ni kuntes MY, makan dicicah sambal merah atau kuah kacang... perkkkhhhh layan

    ReplyDelete
  6. rajinlah tu buat cekodok 😅

    ReplyDelete
  7. Cantik hasilnya, bulat-bulat elok je.
    Makan panas-panas dgn kopi O sedap ni kan MY?

    ReplyDelete
  8. topik penulisan saya sekarang lebih bisnes,

    saya juga tidak pasti ada orang suka atau tidak

    ReplyDelete
  9. Sedap cekodok bom makan panas panas. Laku keras :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad