Ni sarapan MY semalam sebelum masuk meeting kat Eco Botani,
Dekat dekat pejabat kontraktor utama tu ada banyak kedai kedai..
Kedai makan dia pun jenis yang cafe cafe mahal.
Sebaris kedai mamak ni,
Ada Starbucks, ada Coffee Bean, ada The Alley dan ada entah apa nama kedai lagi la..
Tapi.. kami masuk Mamu Junction ni je...
Karang terkulat kulat tak tau nak minum dan makan apa pula...
Orang depan tu memang handphone tak lepas dari tangan.
Kalau pergi kedai mamak,
Tak payah la order nasi lemak.
Hahaha...
Makan la makanan yang diorang terer...
Roti canai, puree, tosey, capati, nasi baryani, naan, tandoori dan lain lain lagi.
Kat kedai mamak ni ada jual lampu Aladdin oiii
Selang satu pintu tu ada Guardian..
Masuk jap sebab nak beli wet tissue.
Lepas tu belikan deodorant untuk anak anak bujang tu.
Dah bujang,
Bau tiak dah tengik.
Ni dah nak naik sekolah..
Dah boleh dah belajar belajar jaga kebersihan, kekemasan dan kewangian.
Tapi mak bapaknya dulu...
Dah tua baru kenal deodorant.. hahaha..
Wak jarang2 sangat masuk kedai mamak
ReplyDelete"Kalau pergi kedai mamak,
ReplyDeleteTak payah la order nasi lemak."
betul! saya pun pernah ada pengalaman 'tak sedap' yang menyesal order hahaha
Nasi lemak mamak memang tak sedap MY😂. Pernah makan haritu. Sambalnya guna cili powder🤣. Lepas tu rasa dia...Allah....ha3
ReplyDeletecuti pun kerja ye MY...
ReplyDeleteHahaha..macam tu ye, kena order makanan yang dorang terrer. Jarang ke mamak.
ReplyDeleteYang lampu alladin dan bekas lain tu macam tempat untuk bakar Bukhoor wangian sunnah tu.