Kembali ke sekolah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 8, 2021

Kembali ke sekolah

bermulalah semula kesibukan di pagi hari..
Hari ni anak anak tahap 1 dah mula bersekolah,
Harap harap semuanya sihat sihat sahaja sepanjang sesi persekolahan ni.
Ada penggiliran di sekolah untuk melaksanakan penjarakan sosial.
aduh aduh...
Kesiannya anak anak..
Tak bebas berlari, ketawa, melompat bersama kawan kawan.
Apalagi nak berkongsi bekal dan makanan..
Memang lagi la tak merasa...

Anak anak tahap satu berada dalam kumpulan B,
Jadi, hari ni mereka dah kembali bersekolah.
Anak yang tahap 2 pula,
dapat kumpulan A,
Jadi minggu depan 14 haribulan baru dia bersekolah. 
Oklah.. berbeza minggu. 
Tak la hari biru nak pickup diorang balik sekolah.

Cuma hari hari la kena sediakan bekal untuk anak-anak..
Yang simple simple je la ye anak anak,
Mak tak kuasa nak buat bento berhias hias ye nak...
 
Malam sebelum tu...
MY sediakan dulu pakaian sekolah dorang.
Supaya pagi pagi tak kelam kabut,
Pastu tak jumpa stokin yang elok..
Pasangannya dah bercampur campur.
Selalu kakak ipar MY yang uruskan pakaian dorang,
Ni kena urus sendiri..
Haghu mak...
Lantaklah labu...
Pakai ajelah apa yang ada tu...

Ucid dapat hadiah untuk kerja sekolah english sepanjang PDPR hari tu...


5 comments:

  1. Lega bila dptmengajar bersemuka ni, guru lebih berpuas hati...selamat kembali murid2 😀

    ReplyDelete
  2. kene jaga sop betul-betul, kalau tidak sangat mudah berjangkit kalau ada yang positif, macam Aiyan dia mula sekolah awal oktober, tapi mula-mula ok je masuk november seorang cikgu positif mula-mula 2 kelas tutup, sudahnya semua 10 kelas tutup sebab risau berjangkit... huhuhu

    moga anak-anak kita dilindungi dan di jauhi dari covid19

    ReplyDelete
  3. tahniah Ucid...gi sekolah hati2.
    anak ammi next week dua bujang tu kesekolah serentak.

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali sekolah. Seronok dapat jumpa kawan kawan walaupun banyak SOPnya kat sekolah.

    Tahniah Ucid :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad