Musim musim berlalu
Ku masih menantimu
Walau lama terpisah
Tiada khabar berita
Kau tetap jua di hati ini bertakhta
Ku ingin melupakan
Pahitnya pengalaman
Tetapi hati ini
Amat degil sekali
Wajahmu jua yang datang menghampiri
Semenjak terjadinya perselisihan
Engkau pergi tanpa sepatah pun perkataan
Kerana bimbang diri
Hilangmu tak kucari
Sekalipun aku merinduimu tiap hari
Bila pemergianku tak kau peduli
Sangkaku kau senangi
Perpisahan ini
Kerana harga diri
Ku tak bertanya lagi
Sekalipun kau tetap ku sayangi
Kerana rindu ini
Sombongku terketepi
Mengatasi segala
Ialah cinta kita
Terpelihara dengan restu Yang Esa
Olalalaaaaa......
ReplyDeletenak carilah lagu ni. Suka dengar lagu-lagu lama
ReplyDeleteTak familiar dengan lagu lama ni. Sesekali dengar lagu lama yang best syok jugak kan.
ReplyDelete