Sambal Goreng Pedal Ayam - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, November 9, 2021

Sambal Goreng Pedal Ayam



Minggu lepas, 
Mama Yan mengemas dan cuci peti beku yang tebal sangat aisnya,
Dah lama nak bersihkan,
Tapi tak terbuat-buat sebab banyak stok makanan dalam tu,
Masa pun tak banyak,
Tu yang semakin hari, semakin tebal aisnya.


Malam sebelum tu,
Mama Yan tukar setting peti sejuk beku tu,
Biasa setting tengah tengah tu 'freezer' antara 2-3,
Untuk cairkan, ubah setting ke 0-1 'refrigerator' semalaman,
Esoknya ais dia dah mula longkah dah,
tapi tak la cair sepenuhnya
Kalau nak tunggu ais semua cair,
kurang segar pula stok makanan dalam tu nanti.

Bila dah mula longkah tu,
Mama Yan ambil bongkah bongkah ais yang menempel kat sekeliling dinding dalam peti ais tu dan buang. 
Beku rasa jari jemari semua..
Nak nak yang kat bahagian bawahnya tu...
Dah tebal sangat dah, 
dekat setengah kaki dah tebal ais nya,
Terjumpa la macam macam stok lauk yang sikit sikit...
ikan selar 2 ekor,
ikan haruan seekor,
ikan cencaru seekor, 
hati ayam dan pedal ayam la yang paling banyak,
Sebab takde orang yang makan hati ayam kat rumah ni,
Mama Yan makan tapi tak banyak la...
sikit sikit boleh la..

Dah banyak banyak tu sangat hati ayam tu,
Mama Yan rebus sekali dengan ikan ikan yang dah lama terkurung bersendirian kat dalam ais tu,
Lepas tu, bagi kucing.
Selamat...
Yang penting tak buang.
Sayang kalau buang makanan.

Pedal ayam tu pulak..
Mama Yan terus masak lepas siap kemas peti ais tu.
Masak simple aje..
Sebab dalam peti ais dah takde sayur.
Patut kalau ada tempe, tahu atau kacang panjang lagi sedap.

Resepi Sambal goreng pedal ayam

10 keping pedal ayam - potong kecil dan goreng
2 biji kentang - potong kecil dan goreng
Sekeping fucuk -potong kecil dan rendam air
Secekak suhun - potong pendek dan rendam air
1 labu Bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai cili besar - hiris
10 tangkai cili padi - hiris
Garam ikut rasa
2 sudu - sos tiram

Cara cara:

Gorengkan kentang yang telah dipotong potong sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian, gorengkan pula pedal ayam sehingga masak, angkat dan ketepikan.
Tumis pula bawang dan bawang putih yang telah dihiris,
Bila bawang dah layu,
Masukkan pula cili.
kacau sehingga cili dan bawang sedikit garing.
Lepas tu,
Masukkan pula fucuk dan suhun bersama sedikit air.
Suhun ni menyerap air tau.
Kalau air sikit nanti dia kering sangat.
So letak agak agak jelah..
supaya suhun dan fucuk boleh masak dan lembut.
lepas tu MY letak garam dan sos tira,..
Kacau kacau rata..
Jatuhkan kentang dan pedal ayam yang telah digoreng terlebih dahulu..
Gaul gaul semua sehingga sebati dan boleh lah diangkat dan dinikmati.
Jadi lah lauk makan nasi kami berdua..
Anak anak memang takde la nak makan lauk pedal ayam.

Memilih sungguh anak anak zaman sekarang ni.
Bukan tak ajar,
tapi tu la..
Sanggup makan nasi putih tak berlauk kalau takde lauk yang diorang suka.


Mama Yan bukan lah orang yang mementingkan kesempurnaan.
Takde la nak simpan lauk nak kena seragam bekasnya.
Takde..
Asal boleh je sudah.
Terlalu mementingkan kesempurnaan tu satu ketidaksempurnaan...
Jadi, bersederhanalah dalam setiap perkara.

Bila dah discard mana yang tak akan dimakan,
dah buang yang tak diperlukan,
Nampakla..
sebenarnya peti nya takde banyak isi pun.
Sekali sekala je penuh sampai tak muat,
Tapi selalunya, kosong macam ni je la...

Oklah..
Nanti nak ajak suami pergi pasar beli lauk sikit sikit.
Dahhhh... 






 

13 comments:

  1. saya pun sama macam mama Yan, tak perlu seragam sangat dalam peti asal kemas. warna hager pun saya tak kisah campur2 kaler hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...yang penting bersihkan. Kalau hanger dalam almari, tu memang macam macam warna dan pattern.

      Delete
  2. Terlalu mementingkan kesempurnaan tu satu ketidaksempurnaan... betoi tu MY. Setuju sangat! 😂

    ReplyDelete
  3. betul yang penting jangan membazir kan...

    ReplyDelete
  4. Samalah hari itu abah cair kan banyak pedal, hati dan kaki ayam. Rebus bagi kucing.
    Kitorang nombor 1 pun dah kuat beku. Terus tutup suis hendak cairkan.
    Betul sudah kemas barang tidak banyak lagi. Haha beli lagi.

    ReplyDelete
  5. mudah ada chest freezer gitu, sedap jugak nengok sambal goreng pedal tu, lama tak masak pedal gini...

    ReplyDelete
  6. pedal ayam. sedap. feveret kami anak beranak. siap berebut bila jumpa :D

    ReplyDelete
  7. Love this.. "Terlalu mementingkan kesempurnaan tu satu ketidaksempurnaan..."

    Sambal tu sinonim dgn kenduri kendara kat kg Kak Sam dulu2. Sedap!.

    ReplyDelete
  8. peti ais saya pun tak sempat dicuci lagi sebab tebal betul ais dia haha. Dulu nak beli peti ais ni tapi takut menyimpan je banyak makannya tidak

    ReplyDelete
  9. Oh, hati ayam tak makan, pedal makan ya, ngelat, hihi.

    "Terlalu mementingkan kesempurnaan tu satu ketidaksempurnaan...".. hurmmm.. betullah ni MY. nasib sy bukan orang yang terlalu mementingkan kesempurnaan..

    ReplyDelete
  10. selalu kalau beli ayam segat memang tak ambik bahagian pedal dan hati tu sebab tak ada orang nak makan kat rumah..hehe

    ReplyDelete
  11. seronoknya ada freezer camni byk boleh sumbat...tp kalau ammi beli celah mana nak diletakkan.

    ReplyDelete
  12. Dalam pada tu terselit juga rezeki kucing dapat makan ikan rebus. Dapat juga masak lauk sambal goreng pedal ayam.
    Kalau saya kena susun elok dalam bekas bekas. Sempurna tu tidaklah. Asal sedap mata memandang dan memudahkan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad