Shoping Deepavali - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, November 7, 2021

Shoping Deepavali

Cuti Deepavali Khamis lepas,
MY dan suami luangkan masa cari baju anak di AEON Bukit Indah.
Sebenarnya, pejabat kami tak ambil pun cuti Deepavali,
Tapi sebab nak dah takde masa lain yang sesuai, 
Pergi ajelah.
Kalau anak anak ada, susah nak cari barang dengan angkut gerabak gerabak keretapi tu...

Sampai AEON terus pergi cari baju Sara.
Dah takde baju rupanya dia...
Masa kemas kemas beg dia untuk balik kampung,
Baju dah tak banyak yang muat.
Patutla asyik pakai baju-baju lama abangnya.
Sorry kakak Sara,
Mama tak perasan awak dah membesar.
Baju yang ada banyak dah tak muat.

Cari baju Sara senang,
Badan dia ikut saiz umur.
Jadinya sambar aje yang warna pink pink sikit..
Cari saiz 7-8 tahun, 
Memang confirm muat.
Lepas dah selesai urusan baju Sara,
Terus cari tempat makan.

Tempat makan kebanyakannya penuh.
Mujurlah berdua aje,
Kalau bawa anak semua, 
Memang takde meja kosong.

Suami MY nak makan nasi..
Jadi, kami ni mana tahu sangat restoran restoran kat sini punya menu.
Teringat MY pernah makan nasi kat Nando's,
Ajak dia ke Nando's ajelah.

Meja depan sekali kat pintu masuk,
Itu je tempat yang kosong,
Kira oklah, datang nak makan je pun.
Suami tak boleh makan lambat,
Kang sakit perut, jammed!

Kat Nando's ni takde buku menu,
Kena scan qr code,
Menunya dalam website.
Kalau data habis, boleh guna wifi Nando's sediakan.
Lepas dah confirm order,
Terua pergi kat kaunter, bagi nombor meja,
Atau boleh tunjuk paparan confirmation macam kat bawah ni.


Walaupun ramai orang,
Tapi alhamdulillah... makanan cepat sampai.

MY order iced lemon tea, 
Pakwe depan MY ni order sparkling apple kot nama dia.
Air sparkling apple ni air epal campur lemon.
Harga RM 10.90.

Yeayy...
Makanan dah sampai...
Side dishnya MY pilih Meditranean Rice sebab perut Melayu ni nak kena makan nasi.
Selagi tak makan nasi,
Tu tak dikira makan... 

Ni semua MY yang punya.
Ada tambah 1 coleslow sebab MY punya set 2 side dish.
Suami pula, set ayam 1/4 dan 1 side dish.
Suami jenis yang makan sikit,
Tapi sikit sikit kena makan.

Lepas selesai makan,
Pergi Popular BookStore di 2nd Floor. 
Cari buku latihan Matematik untuk Moq dan komik Lawak Kampus untuk anak anak...


Walaupun, ada handphone, laptop dan Tv di rumah,
Tetap kena membaca juga ya..
Tak kisah lah walaupun komik ke, majalah ke, katalog ke, tetap kena membaca okay.

Dah malam tu baru MY perasan,
Suami upload gambar bini dia ni dalam IG.
Ishhh... kalau ye pun nak ambik gambar,
Letak kat IG..
Bagitahu la... boleh la bedak bedak sikit,
Control kiut sikit,
On pointkan tudung dulu...
Ni... dengan tudung senget senget tu dia letak kat IG dia
Gerawm tau!



9 comments:

  1. Masa saya pergi hari Rabu tidak ramai orang.
    Nando's dah canggih kena imbas untuk menu.

    ReplyDelete
  2. khamis memang penuh di mana2 he he
    akak g my town pun alahaii ramai betul

    ReplyDelete
  3. sekarang nie ada dua perkara yang perlu diperhatikan ....tudung dan facemask.

    dua perkara ini boleh jadi senget ketika diambil gambar

    ReplyDelete
  4. wah rindu kan nando's. dah 2 tahun tak pi kl, 2 thn tu juga tak mkn nando's

    ReplyDelete
  5. pizza hut pun sama order online walaupun dine in... dh x main dh buku² menu skrg ni.. leceh pun ada jugak sebenarnya.. haha.. sbb blom biasa kan?

    ReplyDelete
  6. membeli berdua ni lebih mudah dari bawak anak kecil, laju je kita pilih-pilih, beli pastu nak makan pun mudah kalau si kecik ada, nak ngikut kerenah dia pulak pening... rindunya nak makan ayam nandos, lama tak makan situ dah sekarang makin canggih.

    heheheh... sesekali dating berdua itu yang up kat ig tu

    ReplyDelete
  7. membeli keperluan anak-anak tanpa anak-anak boleh jadi lebih cepat..

    ReplyDelete
  8. Shopping berdua cepat sikit urusan beli belah tu. Betul kakyan, selagi tak makan nasi tak dikira makan. gigil tak dapat makan nasi. makan nasi baru ada energy. Tekak melayu, kan.
    sesekali suami nak sweet sweet kakyan :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad