Makan malam ni sebahagian daripada percutian 24 jam kami.
Dah lama tak bawa anak anak makan nasi berhidang kat luar.
Last makan kat luar macam ni bulan 4 hari tu kat Restoran Kemangi Pontian.
Lepas dari tu gasaklah berPKPKPKP sambung bersambung.
Ni la baru dapat bawa anak anak makan kat luar semula.
Kalau ngeteh mamak petang petang tu ada la...
Tapi tak bawa semua selalunya...
yang perempuan selalunya tak ikut,
sebab ayahnya bawa ngeteh lepas balik dari kebun.
Nama Restoran tu tak ingat pulak..hahaha..
sebab Mijan meragam aje.
Terpaksa bagi dia main handphone.
Tu yang terlupa nak ambil ambil gambar masa makan.
Gambar gambar makanan ni pun anak yang ambilkan guna handphone PDPR dia.
Check balik kat histort My Sejahtera..
D Idaman Cafe.
Kedudukannya sebelah Klinik Perdana, Jalan Pengkalan 5,
Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Mula mula kami ke kawasan Jalan Pantai tu..
Sebab suami kata dia pernah pergi kedai makan Rahmat yang tersohor tu..
Tapi tutup la...
Kedai Makan Rahmat tutup setiap Hari Jumaat,
tak tahula kalau memang dia tak buka malam..
sebab memang jarang sekali ke Pasir Gudang ni..
Lepas tu kami pun pusing balik ke pekan kecik dalam Taman Pasir Putih tu.
Jumpa kedai ni...
Masuk ajelah mana mana pun.
Kebetulan ada parking dan kedai tu pun tak ramai orang.
Kami makan nasi putih dan lauk lauk seafood,
ambil feel siakap langkawi la kononnya ni...hihihi..
Siakap stim untuk anak anak yang tak makan pedas.
sedap sangat sangat.
Macam tak cukup pulak anak anak.
semua berselera.
Siakap 3 rasa untuk ayah, mama dan yang makan pedas.
Ucid suka makan pedas.
Dia punya terror makan pedas,
Kalah abang abangnya.
Telur dadar hidangan wajib walaupun makan seafood ke..
landfood ke...
Lauk pertama licin...adehhh..
anak anak MY memang peminat telur.
Sayur kangkung belacan.
Ada banyak isi sotong dalamnya.
Bagus..
Tak kedekut.
Daun dan batang seimbang.
Tak la macam sesetengah kedai,
Daun kangkungnya sikit,
Penuh batang aje.
Udang goreng kunyit,
Pun sedap juga.
Banyak udangnya... ni ambil 2 hidang.
Lepas tu tak habis...
Bawak balik villa.
Yang takde dalam gambar...
Nasi putih dan sotong goreng kunyit.
Sotong goreng kunyit ambil 2 hidang juga,
Lepastu tak habis gak.
Nasi putih 8 pinggan,
air 12 gelas termasuk 2 gelas air kosong.
Dan semua lauk pauk seafood yang segar di atas,
Tak sampai RM200, kategori murah la tu.
Dah la sedap, makanan sampai, pekerja tak buat muka walaupun anak anak kejap minta sudu baru,
kejap nak tisu,
kejap tambah air.
belum lagi yang makan bersepah sepah..
Budakkan...
Alhamdulillah..
Suami memang jarang puji makanan kedai.
Tapi kali ni..
Dia puji betul siakap stim tu.
Walaupun tak pedas, tapi langsung tak hanyir.
Kitorang selalu kalau order ikan stim ni...
Kat bahagian perut dia tu selalu je masih hanyir,
Tapi yang ni memang sedap.
Entah bilalah dapat repeat lagi.
Jauh sangat...
Kalau bukan sebab nak main golf,
Takde pasal la nak saja saja pergi makan jauh jauh gini.
Sekian saja kisah makan malam ni suatu hujung minggu.
Wassalam
Wahhh.. bolehlah try makan kat sini kalau MY puji sedap. Hari tu ada sekali makan siakap kat satu restoran ni, hanyir.. hurmm ..
ReplyDeleteSiakap Rahmat memang dah tak buka malam lagi. Dulu2 sebelum pkp dia buka sampai malam jugak, sekarang sampai 3.30 ptg je, MY.
Siakap dia ok... tapi udang dgn sotong dia overcooked. Liat sikit sotongnya .
DeleteOoo... memang tak buka malam rupanya kedai makan rahmat tu..entah bila la nak sampai lagi lepas ni...hihi
kita tengok pun puas hati dan nampak kesedapannya tu MY, kot cuti-cuti bolehla ke sana lagi ye MY... kalau semata jalan untuk pi makan jauh tu dari pekan nenas ke pasir gudang.... banyak lauk untuk makan ramai orang pun tak sampai RM200 memang murah sangat tu
ReplyDeleteni bukan siakap yg ribu2 tu ek... he he..sedap nampak semua menu2 nya
ReplyDeletefuhh..sedapnya... dh 2 blog pegi ni ceta psl siakap
ReplyDeleteSuka tengok telur dadar tu. Fluffy betul.
ReplyDeleteYummy!!.
ReplyDeleteDapat bayangkan anak2 MY teruja setelah sekian lama tak dine-in, sama macam anak4 PH hari tu... Seronok & syukur tengok diorg boleh keluar dari kepompong :D
ReplyDeletealhamdulillah masa berkualiti dengan keluarga paling best ^_^
ReplyDeleteMenu wajib bila makan berramai ramai kat kedai. Siakap stim, siakap bakar, siakap 3 rasa. Kalau sedap tu memang rasa tak puas makan. Handal Ucid makan pedas ye. Telur dadar dan kangkung belacan pun menu kena order. kadang kailan goreng ikan masin.
ReplyDelete