Siapa sebenarnya Abang Viva ni?
gambar dari Artortoise
1. Nama sebenarnya Azwan Omar
2. Berusia 29 tahun
3. Masih bujang, menjaga 2 orang anak kakaknya - (kakaknya telah meninggal dunia)
4. Bekerja sebagai operator mesin
5. Kelahiran Alor Gajah, Melaka
6. Datang ke Shah Alam untuk misi menyelamat mansa banjir dari Melaka dengan menaiki kereta Perodua Viva dengan membawa sebuah bot di atas bumbung kereta
7. Datang dengan berbekalkan RM50, untuk minyak dan duit makan - "hati kering kau bang"
gambar dari Galeri Sentuhan ArifSan
8. Menurutnya, kereta Viva yang digunakan milik kakaknya, kemudian diberikan kepada ayahnya untuk digunakan - banyak pahala kakak, niat berbudi kepada ayah, akhirnya, dapat bantu ramai orang.
9. Namanya disebut sebagai tanda penghargaan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam Persidangan Pertama DUN Melaka
10. Nama Azwan juga disebut dalam khutbah Jumaat, didoakan sekalian muslimin. Alhamdulillah... rahsia Allah.
semoga kehadiran insan seperti Abang Viva ni,
akan buat kita lebih menginsafi diri.
Tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah,
Tidak perlu tunggu senang untuk memberi bantuan pada orang lain.
Membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Tidak perlu selfie, live atau OOTD apalagi bawa jurukamera peribadi
Cantik lukisan.
ReplyDeleteAmin. Moga permudahkan rezeki Encik Viva.
Kan, semoga sentiasa murah rezeki abang viva ni...
ReplyDeleteSemoga sentiasa dipermudahkan urusannya dalam membantu orang lain, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada ramai orang baik kat dunia ni...menitis air mata ciksun baca...moga Allah murahkan lagi rezeki dia sekeluarga...ameen
ReplyDeleteSemoga setiap urusan beliau Allah permudahkan. Rezekinya melimpah. Kesihatannya baik. Aamiin.
ReplyDeleteSemoga Allah membalas jasanya dengan rezeki yang melimpah ruah
ReplyDeleteSemoga Abang Viva ni sentiasa dimurahkan rezeki. Suka tengok gelagat dia
ReplyDeleteHumble sangat orangnya.
ReplyDeleteAda baca semalam, sebelum ke Pahang dia balik Melaka dulu minta izin mak ayah. Allahu akbar, baik akhlaknya.
Moga sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya Abg Viva ni & semua unsung heroes kita aamin
anak yg baik.
Deleteadik yg baik sebab jaga anak arwah kakaknya.
aduhai...
Semoga Allah membalas jasanya dengan segala kebaikan. Hebat orangnya. Hero sebenar. Sorang sorang tanpa ada duit banyak mampu tolong orang lain. Sumber inspirasi untuk orang ramai jadi orang yang baik.
ReplyDeleteBetul tu MY.. Semangat abang viva ini sangat menjentik perasaan.. Tak perlu kaya pun boleh membantu.. semoga urusan en Azwan Omar ini dipermudahkan..
ReplyDeletemasa mula2 baca biodata dia..meremang ammi rasa sbb ntahlah. kita ni kadang2 kalau ada 200 pun berkira nak gi ke tidak...dia ni ada 50 je kat tangan tp dia redah. inilah jihadnya.
ReplyDeletesemoga Allah limpahkan rezeki buat insan ini dan terus diberi kesihatan untuk menjaga ahli keluarganya
betul tu Ammi.
Deletekecilnya kita ni ek.
dia tak berkira. redah aje. demi nak berbakti kpd semua yg tak dikenalinya.
kagum!
Kagum dengan Abang Viva ni. Moga jadi inspirasi untuk kita semua agar terus melakukan perkara-perkara baik dengan kudrat dan apa yang kita miliki.
ReplyDeletebangga sebagai org melaka, alor gajah secara spesifik nya.
ReplyDeletekagum. tapi lebih bermakna sebagai org malaysia la.
masih ada org yg begini.
tak senang. tak kaya. tapi hati mulia. alhamdulillah :)
moga lebih ramai lepas ni jadik gini. terbuka hati dgn ikhlas.