Hujung minggu lepas suami Mama Yan bawa kami pergi makan nasi Arab di taman Universiti.
Jauh berkelana dari Pontian ke Skudai demi 8 pinggan nasi Arab.
Saja la nak cuba tempat makan lain pula..
kami ni bukan jenis yang suka food hunting atau jenis sanggup berhabis untuk makan.
Jenis simple je..
Kalau lapar,
singgah je mana mana gerai yang terdekat dan termudah.
Jarang jarang sekali nak pergi sesuatu tempat tu semata mata untuk makan.
Bukanlah tak pernah langsung,
cuma tak selalu la..
Mungkin sebab kami ada ramai anak kecil,
Perjalanan tu terasa jauh dan agak memenatkan anak anak...
Tu yang malas nak pergi jauh jauh semata mata untuk makan.
Pernah juga kejadian tantrum kat kedai makan, mengantuk,
dah sampai taknak makan dan macam macam lagi.
Sekali sekali hujung minggu macam ni,
Cuba la bawa keluar dari rumah dan pergi makan makan..
Kalau lulus,
Lain kali boleh pergi haji...hahaha
Nama restoran tempat kami makan ni Al Hayfa Arabic Restauran,
terletak di Jalan Pendidikan, Taman Universiti, Skudai, Johor.
Berselang beberapa pintu dari Al Ikhsan Factory Outlet Store.
Kami order 5 pinggan nasi Chicken Mandy dan 2 pinggan Lamb Mandy..
Saja la update kat blog ni.
Buat kenangan.
Lagi beberapa tahun senang nak ingat kalau suami tanya...
''Kita pernah makan kat sini kan ?''
cepat cepat buka dashboard blogger, search nasi arab.
''Ye bang, kita makan lamb mandy dan anak anak makan chicken mandy...
Nasi dia sedap, ayam dia sedap, kambing dia sedap, bla bla bla,
air tak sedap, waiter gitu gini bla bla bla''
haa gitteww..
Nak order Milo ais, tapi Milo habis.
Orderlah teh ais..
tapi air teh ais dia..
Aduhai..
Macam ni.
Tengok rupa dah tahu failed..
Hahaha...
Ni pulak teh tarik..
Aiyoo..buih mana buih?
Mana nak ada buih..
Susu dengan teh tak cukup.
Rasa dia agak menyedihkan..
Hmmm...tak baik mencemuh makanan.
Tapi ni kategori tak reti buat air la ni..
tu yang teh tarik rupa macam ni.
Beb, kalau tak reti buat teh,
Remove aja 'Teh tarik' tu dari senarai 'Beverages',
Hidang aje Teh Pudina Arab tu...
tak diminum sayang...
nak minum? tak sampai tekak..
Macam biasa, wajah kekasih kena sensored sikit.
MY tanpa secalit dan secolek make up.
Malas nak mekap mekap..
banyak sangat komplen. Putih sangat lah,
tebal sangat la,
nampak pelik lah,
macam plastik lah.
Memang la mekap nak bagi nampak putih.
Mana ada orang mekap nak kasi hitam.
Bujang kecik n bujang besar.
Baju dan seluar Mijan pakai tu,
tuan asalnya kat sebelah tu.
Adik pakai baju abang,
Abang pun dah pakai baju ayah.
Ayah kena beli baru..
Dah demokk
Ni dua dua budak banyak Moq woo...
Memang ketara sangat rupa adik beradik diorang berdua ni...
Perangai pun sama...
Ni Chicken Mandy Rice dia...
Nampak sikit kan,
Tapi sebenarnya pinggan tu saiz besar.
Nasi tu banyak sangat.
Ayam suku.
ada salad sikit, kobis putih dan purple je.
Sup dan sambal.
Sambal dia sedap wehh.
Sebab anak anak tak makan sambal,
MY dan suami ambik sambal anak anak tu, kami yang bedal.
Oh ya.. sepinggan ni berharga RM9.90 sahaja.
Nasi dia pun lembut walaupun mula mula nampak 'kureng'...
Nampak dry sikit.
Tapi bila dah cuba..
Eh..sedap la..
Lembut dan tak muak sangat.
Boleh la datang lagi...
Cuma kalau datang lagi kemudian nanti,
Order jelah air tin...hihihi...
Alhamdulillah..
MY dan suami makan habis,
Abang dengan Moq pun sama,
Berjaya habiskan sepinggan nasi,
Yang lain...lauk habis, nasi tinggal sikit.
Standard la tu.. budak budak makan.
tapi agak banyak juga la anak anak makan.
Lebih lebih lagi Cik Sarah.
Selalu susah nak suruh makan,
Dapat nasi Arab, eh..banyak pula budak ni makan.
Mama Yan dan suami order Lamb Mandy,
Lupa nak snap gambar pula..
Apapun,
Nasi dia memang sedap sangat.
berbaloi dengan harga yang dibayar.
MY kena banyak membaca dan berlatih lagi untuk menulis review makanan.
Hehehe...
Dengan gambar ke laut...
Takpe..
Masih boleh diperbaiki... InsyaAllah..
Teh tarik dia potong mood betul. Tengok rupa pun dah tahu hehehe
ReplyDeleteLa, teh tarik ke tu huhu...
ReplyDeleteSesekali bawa makan di luar, seronok juga anak-anak kan.
gagal teruk dia bancuh air, seram tengok teh ais dia
ReplyDeleteitu teh tarik ke teh apa tu sedih beno rupanya teh nya... patut tegur je pasal air tu MY, biarla di perbaiki lepas nih.
ReplyDeleteNasi mandy ni kan mmg dah ada rempahnya, itu kot budak suka sebab sedap dah walaupun nasi je. Si Aiyan pun suka kalau nasi mandy ni, kadang makan gitu je pun boleh abis sepinggan. Ini harga pun berpatutan sangat la
Sekali-sekala menjamu Nasi Arab best jugak.
ReplyDeleteSesekali bawak anak anak makan luar tukar selera okay jugak.
ReplyDeleteMasing masing cepat besar dah bertukar tuan bajunya. Aduhaii. Makanan dah okay dah, air pulak spoil betul.