Semalam pergi ambil baju tadika Mijan,
Tak perasan pula kena bawa gambar berukuran pasport 2 keping untuk urusan pendaftaran sekali.
Kenalah pergi ambil gambar dulu sebelum ambil baju uniform di sekolah.
Mujurlah zaman digital sekarang ni gambar siap tak sampai 2 minit pun.
Handsome tak saya?
Hahaha....Mijan belum pandai bercakap..
Ni mama dia yang tanyakan.
Ha tu la...
Dah nak masuk 5 tahun,
Tapi belum pandai bercakap.
5 dari 6 orang anak MY lambat bercakap.
Yang sulung je cepat bercakap.
Umur 3 tahun dah hafal lagu Kau Satu-satunya Ukays.
Punyalah susah nak ambil gambar dia semalam.
Dia memang camera shy.
Asyik bergerak je...
Nak lari kat mama.
Mula mula nampak ok.
Bila uncle datang bawa kamera...
Terus taknak duduk diam.
Tapi uncle relax je..
Dari muda agaknya sampai sekarang,
Entah berapa ramai dah budak budak ambil gambar dengan dia.
Dah macam macam ragam budak dah dia layan agaknya.
Okay..baju dah ambil...
Yuran dah settle..
Dokumen dah hantar...
Hari Isnin ni dah mula sekolah ye Mijan.
Ni sejenis yang mama tak boleh hilang dari pandangan mata.
Tapi sampai bila kannn...
Kenalah mulakan juga.
Acik acik semua doakanlah Mijan dapat bersekolah dan berkawan dengan baik ok.
Mudah mudahan Allah permudahkan segalanya...
Aminnn
Hensemlah, Mijan. Agaknya dia pemalu, tu yg lambat cakap. Nanti dah terror bercakap, jenuhlah mama nak melayan soalan dia, hahaha.
ReplyDeleteAgaknyalah... tapi harap harap cepatlah pandai bercakap.
Deletenanti dah jumpa kawan reramai, ligatlah dia berbicara
ReplyDeleteSelamat bersekolah adik Mizan
ReplyDeletenak starts sekolah dah kan.. hopefully semua berjalan lancar this year utk smua student... betul, zaman digital ni nasib semua siap cepat
ReplyDeletePengalaman baru untuk Mijan. Semoga Mijan seronok ke sekolah :)
ReplyDelete