Kari Kambing Pak Mat Western - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, December 8, 2021

Kari Kambing Pak Mat Western

Beberapa bulan lepas,
Mama Yan ada beli Kambing Perap Pak Mat Western.
Tak ingat dah beli berapa bungkus,
Tapi dah beberapa kali juga la bakar.
Tiap kali bakar,
MY sorang aje yang makan.
Anak anak dan suami pandang sepi.
Suami MY suka je kambing,
Tapi dia kata,
Yang ni tak kena selera dia..
Aiyaa...
Dah la Mama Yan punya darah tinggi ni agak kronik,
Takkan nak bedal kambing bakar banyak banyak.

Lama juga kambing ni membeku dalam peti ais,
Akhirnya..
MY ambil keputusan untuk masak ajelah kambing perap ni...


Satu peket ni berharga RM35,
Beratnya 500 gram.
Isi daging antara 3 hingga 4 keping kalau besar.
Kalau kecik sikit, boleh la sampai 5 slices.

Masa beli dulu tu, 
ada beli chicken grill sekali,
Tapi yang chicken grill tu dah lama dah khatam dek anak anak...
Rugi tak beli ayam grill lebih sikit.
ayam grill Pak Mat Western tu sedap gila wehh...
Daging kambing ni pun pada MY sedap aje...
lembut je...

Resepi Kari Kambing Pak Mat Western

1 paket daging kambing perap Pak Mat Western - potong kecil
2 biji bawang besar - blender
4 ulas bawang putih - blender
1 inci halia - blender
1 sudu cili kisar ( takde takpe)
1 tangkai daun kari
rempah tumis - 1 kulit kayu manis , 2 bunga cengkih, 1 bunga lawang & 1 buah pelaga
3 sudu besar rempah kari daging
santan dari sebiji kelapa
garam secukup rasa
asam keping

Cara cara memasak:

Potong daging kambing dengan saiz yang sesuai.
Tak perlu basuh, daging tu dah sedia untuk di masak.


 Panaskan minyak masak dan tumis bawang, bawang putih dan halia.
masukkan juga rempah tumis 4 jenis tu dan juga daun kari yang telah dibasuh terlebih dahulu.
Tumis sehingga wangi.

Masukkan cili kisar, rempah kari dan sentiasa kacau laju laju. 
Kalau tidak, rempah akan hangit,
Masukkan sedikit air untuk melarutkan serbuk kari.
Jangan banyak, dalam suku cawan la gitu.

Mama Yan gunakan kiub cili kisar je senang.

Hatiku hancur berkeping keping... tubuh lemah yang sedang berbaring...terlintas tentang cerita diri..aku pun menangis.. tak sanggup kutinggalkan kasih sayang duniaaaaaa... Eh, ternyanyi pulak masa masak.


Selepas tumisan bawang dan rempah dah pecah minyak,
Masukkan daging.


Untuk masakkan daging,
masukkan santan cair .
Biarkan daging masak.
Kalau ada ubi kentang lagi sedap ni.
Tapi ubi kentang takde stock.
Malas nak pergi ke kedai.


Biarkan daging dan kuah mendidih sehingga betul betul masak.
Akhir sekali,
masukkan garam dan asam keping.
Lepas tu rasa..
Dah cukup masin ke belum.
kali ni, Mama Yan memang tk letak sebarang penambah perisa.
Sebab daging tu dah siap perap dah dengan pelbagai jenis rempah dan perisa.

Alhamdulillah..
settle urusan menyediakan makanan untuk anak anak.
Alah..diorang bukan makan sangat daging nya tu.
Nak kuah karinya aje tu.
Sebab masa ni masak siang untuk lauk mkan nasi tengahari..
Malam belum menjelma,
Diorang dah order lempeng dan jemput jemput untuk makan malam.
Nak cicah dengan kari kambing katanya.

tengah nak membesarkan..
Makan je la agenda utama diorang...


 

5 comments:

  1. wahhhh ni versi improvised ni. saya tak terfikir nak mengkarikan. sebab grill pun laju anak2 n suami bedal. boleh try lah di karikan.

    ReplyDelete
  2. apasal menggoda sangat rupa kari kambing tu MY oi...

    ReplyDelete
  3. Fuhh sedapnya kari kambing ni.
    Cicah roti pun sedap kan MY kuah kari kambing ni. ..

    ReplyDelete
  4. sedapnya buat masak kari, kalau ada kentang mesti lagi sedap

    ReplyDelete
  5. Popular betul pak mat western ni. Selain kedai, pek frozen pun terlajak laris. Senanglah peminat daging kambing nak makan kambing sesekali. Jenuh jugak kakyan nak makan sorang sorang habiskan tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad