waktu kita masih dalam keadaan pandemik ni,
lebih sesuai untuk tidak mengadakan majlis kenduri kendara di rumah.
adakan majlis di dewan dewan lebih sesuai untuk memudahkan jaga jarak dan SOP yang telah digariskan.
Tapi kalau rumah kita besar,
takde masalah.
jangan rumah je besar,
kena ambil kira parking untuk tetamu sekali,
kang tetamu kita parking block pagar jiran kang,
kecoh pula
Hari Sabtu lepas,
Mama Yan dan suami menghadiri jemputan majlis menyambut menantu salah seorang pengurus di syarikat kontraktor utama,
Majlis diadakan di Orchard Golf & Contry Club yang terletak di Jalan Kota Tinggi - Kulai.
Jalan masuk ke Orchard Golf.
Luas tempat untuk ambil lauk.
Selesa, takyah berebut rebut
Ambil la sekeping dua pemandangan padang golf.
Pasir atas padang golf tu,
namanya 'bunker',
Kiranya dia macam halangan halangan la untuk pemain golf
Tu kereta buggy untuk disewa oleh pemain golf.
Kalau orang yang selalu bercuti, selalu la naik kereta buggy untuk kan..
Suami MY kata,
padang golf kat sini banyak pokok buah,
Sebab tu namanya Orchard.
Ianya hakmilik anak syarikat kerajaan negeri Johor dalam usaha memperkasakan sukan di kalangan rakyat negeri Johor.
kalau nak main kat padang golf Royal Johor Country Club,
rakyat jelata tak mampu pula...
memang sesuai betul buat majlis kat sini. Parking pun banyak.
Kawasan tempat tetamu pun luas.
Siap ada bilik untuk buat pelamin dan meja makan beradap.
tapi MY tak tengok pun pelaminnya..
hahaha...
sibukkan nasi beriani sendiri je.
Katering makanan pun tuan punya cafe kat golf club tu je.
Mudah kan...
Tapi MY lambat lagi la nak menyambut menantu.
Lagi 15 ke 20 tahun baru dapat jadi mak pengantin kottt
Syarikat tempat sy berkhidmat, pernah adakan jamuan hari raya di sini. Memang best tempatnya, cuma tak berapa glamour la utk majlis orang glamour, hehe.
ReplyDeleteAah kan... dia macam ceruk sikit. Tak glam macam Panderosa
DeleteDengan situasi sekarang memang sesuai kenduri kat dewan kan. Lebih mudah.
ReplyDeletewah..memang luas tempatnya, buffet pun jauh2...sesuai la dgn keadaan sekarang ni kan
ReplyDeletecantik sgt tempat dia. ala garden wedding pun ada
ReplyDeleteCantik tempatnya, nyaman, memang sesuai lebih-lebih konsep terbuka.
ReplyDeleteFasiliti lengkap mudah nak anjurkan apa apa majlis kat sini. Merasa gak tengok padang golf dari dekat. Nak masuk main golf entah bila pulak kan. InshaAllah tak lama lagi tu bakal jadi mak pengantin pulak.
ReplyDeleteCantik kawasan dia.. paling best sebab lapang.. Tak adalah bersesak-sesak..
ReplyDelete