Selepas seharian me'reload',
berjaya juga akhirnya memuat turun keputusan UPKK anak Mama Yan.
Stress tau bila tengok semua kawan kawan dah up status di FB, IG dan whatsapp keputusan UPKK anak masing masing.
Takdela letak harapan tinggi sangat untuk si abang ni,
Tapi bila tak boleh buka result tu,
rasa geram sungguh.
Apahal lembab mengalahkan siput server internet diorang ni,
eh bukan lembab lagi dah..
Ni tak gerak langsung.
Dengan SMS pun jammed.
Dah tahu kan,..UPKK kali ni untuk 2 tahun,
Murid 2020 dan 2021..
Mestilah trafik tinggi..
Buatlah persediaan betul betul.
Alhamdulillah..
berjaya dapat 6A 2B.
Dah bagus sangat dah tu.
Tak la meletakkan harapan dia dapat 8 A pun,
Sebab tahun ni abang dah tingkatan 1,
Dia lambat setahun masuk sekolah agama,
Jadi bila dah tingkatan 1,
Kerja sekolah dan subjek dah semakin bertambah.
Pelajaran dah semakin susah.
Dia nak sambung sekolah agama sampai darjah 6 pun dah kira bagus dah.
Tambahan pula anak sulungkan..
Kejap kejap ...
''abangggg, mandikan adik"
"Abanggg, baju masukkan dalam dryer"
"Abanggg, gorengkan telur adik adik"
"Abanggg, ikut mama pergi kedai"
Jadi, tak kisahlah berapa A pun.
Yang penting,
asas asas ibadat,
amali solat, semua dia dah tahu dan faham.
Serta jadi anak yang baik dan rajin bantu ibu bapa.
Itu dah cukup membahagiakan dah..
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan nama UPKK ni,
dilaksanakan pada murid yang ambil kelas KAFA yang berusia 11 tahun.
Darjah 5 la.
Tapi anak MY umur 13 tahun baru ambil sebab ikut darjah kat sekolah agama kerajaan negeri Johor.
Ujian ni selaras, menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA dari JAKIM.
Ada 8 subjek yang dinilai iaitu:-
1. Amali Solat
2. Penghayatan Cara Hidup Islam
3. Bidang Al Quran
4. Ulum Syariah
5. Pelajaran Jawi & Khat
6. Sirah
7. Adab
8. Lughatul Quran
Tahniah kepada semua anak anak yang menduduki ujian.
Yang penting bukanlah berapa nilai A dalam ujian KAFA tu,
Tapi yang paling penting,
segala yang dipelajari dalam kelas KAFA tu sendiri bukanlah untuk ujian semata mata.
Ianya adalah asas kepada kemahiran Al Quran dan asas Fardhu Ain bagi kita sebagai Muslim.
Ilmu, dipelajari dalam kelas,
Tetapi, jika ilmu tidak diamalkan,
Lama kelamaan ilmu tu semakin kaput dan luput dari hati.
Alhamdulillah, tahniah abang Umar! Moga terus cemerlang pada masa akan datang... jadi anak soleh pintar kebanggaan keluarga :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah buat anak MY..
ReplyDeletesetuju.. no point A berderet tp tak digunakan sebaiknya.
ReplyDeleteapa pun tahniah abang sebab rajin tolong mamanya
Tahniah, abang. Keputusan yg memberansangkan, tentu ada usaha mama di sebaliknya.
ReplyDeleteBila tengok 8 subjek dalam UPKK ni kita teringat masa ambik PSRA dedulu. 😂Susah!! Sampai ke hari ni tak tahu dapat result apa sebab pindah ke Perak. Ha3.
ReplyDeletememang mencabar ibu bapak nak check result upkk semalam. Alhamdulillah..tahniah abang dapat result bagus.
ReplyDeleteInsyaAllah ada potensi dapat straight A tu.
ReplyDeleteTahniah! Bagus result-nya alhamdulillah
ReplyDelete