Ini hasil pertama pisang tanduk di kebun kami.
Alhamdulillah...
Terima kasih Allah...
Walaupun hanya setandan,
Dah gembira sangat dah.
Tanah kat kebun keras sangat sebab pemilik sebelumnya dah potong tanah untuk ratakan.
Keras dan tak serap air.
Kalau hujan..
Bertakung.
Ada sesetengah tempat aje yang pokok boleh hidup.
Yang lain semuanya... lalang .
Hahaha
Bab kopek kulit,
Kita bagi abang kacak buat.
Tak kuasa MY nak bergetah getah..
CARA CARA BUAT KEREPEK PISANG TANDUK
Kopek kulit pisang tanduk.
Hiris 1 labu bawang putih.
Bancuh air garam 1 gelas. Masin2 tau.
Kemudian, sediakan minyak masak dalam kuali.
Panaskan minyak masak dan masukkan 3 sudu planta.
Biarkan planta mencair dalam minyak panas.
Bila minyak dah cukup panas, sagat pisang.
Pisang yang disagat terus masuk dalam minyak panas dan lepas tu terus kacau rata supaya mereka tidak bertindan lalu melekat.
Masukkan beberapa sudu air garam ke atas hirisan pisang dalam kuali.
Kacau kacau lagi.
Masukkan pula sejemput hirisan bawang putih.
Tunggu sehingga kerepek pisang kekuningan.
Sambil2 tu kena la kacau kacau supaya masak dan garingnya rata.
Bila dah kuning,
Angkat dan toskan.
Bila dah sejuk,
Baru tutup bekas.
Jangan tutup bekas semasa kerepek masih panas
Setelah hampir 5 tahun..
Inilah kali pertama penyagat Tupperware ni menjalankan tugasnya yang hakiki...
Usaha kali pertama memang selalu menemui kegagalan.
Api besar sangat.
Berisi angin urat belikat, tapi dapat banyak ni je...
Penat rupanya buat kerepek pisang ni..
Kecik kecik dulu selalu membedal je tahunya...
patut lah mahal juga kalau dibeli
ReplyDeleteAah.. memang mahal
DeleteKakak sy pengusaha kerepek pisang tanduk kecil2lan. Memang jenuh nak mengerepek ni, sy tahu makan aje .
ReplyDeletelama tak buat dan lama juga tak makan kerepek pisang tanduk ni...
ReplyDeleteApa kata nanti next time MY jangan kopek pisang tanduk tu, just peel pakai hand peeler saja untuk buang lapisan kulit luar tu... kendian, sagat dan goreng kerepek macam biasa. Lagi mudah dan lagi banyak dapat makan hasilnya 🤓
ReplyDeleteMak wak pun selalu buat kerepek pisang tanduk ni.
ReplyDeleteWak tau tanam aje dan suka makan kerepek pisang tanduk
Kerepek pisang tak ternilai harganya nih..hehe
ReplyDeleteSebab hasil tuaian sendiri yang pertama dan susah nak kerjakan.
Syukur ada hasil berbudi pada tanah
ReplyDeletesedap MY, lama rasa tak buat kepek pisang sendiri... puas hati bila buat sendiri ni sebab kadang bila beli masin betul rasanya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. merasa hasilnya ye MY.. sha suka kerepek pisang tanduk ini.. Tapi nak buat dia tu bercinta rasanya.. hehehe
ReplyDeletesuka kerepek pisang tanduk..kalau mkn ralit hehe
ReplyDelete